TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Thursday, August 25, 2011

MacaroonsKu Yang Comel

Hello. Baru arini sempat nak update blog. Nak tunjuk la sikit cara-cara buat macaroons. Excited sangat nak buat dan untuk merasmikan oven yang baru dibeli. Macaroons memang susah nak buat tak tipu la. huhu. Rasa nak nanges sebab buat tak jadi. haha. tapi seronok gak. Macam main masak-masak gitewwwwwww..

Ni resepi yang aku guna. Aku jumpa dalam magazine Nur.

2 biji putih telur - suhu bilik jika gred A
1 cawan gula castor
3/4 cawan almond kisar
1-2 cawan gula icing
pewarna ( aku guna warna pink)
Gula manik
Secubit cream of tartar
Chocolate Filling ( untuk inti)


Bahan-bahannya.



Sebelum mula, amik baking paper dan alaskan dalam dulang pembakar. Amik duit syiling 20sen dan lorekkan. Ini supaya senang nak hasilkan bentuk bulat-bulat.


Kemudian, satukan putih telur dan gula kastor ke dalam periuk dan dimasak secara double boil. ( Sentiasa kacau sampai gula larut)




Masukkan hasil tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga betul2 kembang. Gunakan kelajuan sederhana sehingga kelajuan maximum.



Masukkan pewarna mengikut warna yang disukai. dan pukul lagi sehingga warna sebati.



Masukan almond kisar dan gula aising bergilir-gilr sehingga sebati.






Masukkan adunan ke dalam beg piping. dan piping ke dalam dulang pembakar yang telah dilapisi baking paper. * Masa ni aku dah rasa ada something tak kena* Sebab adunan macam cair je *




Tengok hasilnya. Cair dan takmo jadi bulat. Aku dah hampir meroyan masa ni. hahaha. Stress beb. Lepas dan piping, leh letak gula manik kalau suka. Kena make sure macaroons betul-betul kering sebelum kita bakar. Bila kita sentuh, adunan tu tak melekat di tangan maka boleh la masuk dalam oven.

Kemudian bakar pada suhu 150 C dalam 10-12 minit. Dah siap bakar, sejukkan dia dan boleh letak intinya. aku pilih inti chocolate. Senang sebab kat bakeri dah ada jual hehe..



Hasilnya yang tak menjadi. Mak aku leh gelak. Ayah pon sama gak. huhu. aku tensen tengok tapi nak makan rasa sayang sebab penat buat. hehehe..

Kesimpulannya aku rasa aku ada buat beberapa kesilapan. Contohnya, putih telur aku tak betul-betul kembang. Aku juga tak guna serbuk almond. Dan almond kisar yang aku guna tu masih lembap. Aku kuarkan dari fridge dan terus guna. haha. Itu pon selepas aku jumpa satu blog yang buat macaroons sangat comel. Menyesal tak cari-cari resepi dulu dan bulat-bulat ikut resepi dalam Nur. huhuhu..


Next time nak follow resepi akak ni bagi. Oh Comelnya!!!





No comments:

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...