TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Tuesday, October 25, 2011

Menu Makanan Yang Best!!



Awas. entry ini mungkin berbahaya kepada mereka-mereka yang sedang lapar.

Malasnya nak update trip g Bandung. huhu. Mari kita mulakan dengan update makanan yang enak-enak di sana dulu ye. Biar korang tengok makanan dulu. Sebab makanan salah satu tarikan sesuatu tempat. Macam orang kalau datang penang, mesti cari nasi kandar atau pasemborrrrr..Sama la kalau pi Indonesia. Makanan wajib di cari pecel lele, ayam penyet. Memang kat mesia pon banyak, tapi rasanya berbeda.



Setibanya kami di kota bandung. Kami dibawa ke Siera Cafe oleh cowok2. makaseh ya. Cuaca sangat dingin masa ni. dan rasa nyaman sekali di atas puncak bukit.






Nasi Bali campur. memang sedap!! Pulak tu masa makan suhu badan tengah sejuk-sejuk.




Air Strawberi Coco. Di sana jus buah-buahan memang patut dicuba. Sebabnya buah-buahan mereka sangat murah. So jus mereka sangat pekat. Marveles!!




Singkong Dan Cheese. Ini paling sedap. Ubi goreng yang sangat rangup. Rugi tak cuba bila ke Bandung.



cendawan Goreng


Ayam Penyet. Sama macam yang ada kat mesia , cuma sambal rasa lain sikit. Tapi majoriti ayam di indonesia kecik-kecik. kat mesia ayam, di cucuk hormon terlampau banyak sampai ayam dah gebu semacam je.



Sup Ikan Kaloi. First time makan ikan kaloi, tak suka sangat. tambahan buat sup.hehe



Satay Daging Arnab. Isi arnab liat-liat. Aku cuma makan secucuk. hehe. nerves nak habiskan secucuk pon.



Bakso tepi Jalan. Its awesomeeeeeeeeeeeeeee..Sedap sangat bakso ni. Isi daging memang empuk...yummehhhhhhh..




Comel kan? masa mula-mula sampai gerai bakso ni, ingat kena turun makan kat kedai. Rupanya tak payah. Duduk makan dalam kereta je. dah siap makan nanti pekerja kedai datang kutip pinggan dan duit. kalau kat mesia ada, mesti kedai ni femes.



p/s: nanti-nanti sambung update pasal menu makanan lagi ye. banyak lagi ada. hehe

Happy Diwali. lagi 3 hari besday aku. nak adiah plsss.. :)




Wednesday, October 19, 2011

Antara Bandung dan Jakarta!!

I'm Back. Alhamdulilah trip yang sangat best. Kaka yang banyak membawa aku dan kawan-kawan berjalan-jalan di Bandung. Thanx ya Kaka. Tambahan kenalan baru yang sangat baik dan ramah. Sorry ye, aku jadi pendiam sebab aku tak bisa ngomong indonesia. Mereka cakap laju pulak tu.haha. Kena dengar slow-slow baru leh paham. Tapi masuk hari keempat aku dah boleh paham sikit. hehe. Excitednya nak cerita pasal holiday trip, tapi apakan daya cable camera gue tak tau letak di mana. huhu. Meh layan sedikit gambar yang diambil dari kamera Saira. Yang details lepas jumpa cable ye. Total gambar ada seribu lebih. pengsaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn nak upload semua la kan. :)




Di Kawasan Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Bandung.




Sky Dining at Plaza Semangi

Best!! nampak bandar Jakarta yang sangat jem di waktu malam.
Bersyukur penang tak jem macam tu.




Kenalan baru yang sangat baik dan ramah. Ini opis di airport. Sebab mereka aku dapat tangkap gambar airport Jakarta dari atas bangunan tinggi. Terima kaseh ya ferdian, masdika and pak yayan.


Very adorable baby haura!! geram sangat comeeeeeeelllll..


Nak tau cite selanjutnya, tungggggggggu bila jupe cable camera. huhuhuh.
Rasa nak kawen cepat-cepat je sebab kat bandung ada banyak tempat best leh pergi.hahaha.





Monday, October 10, 2011

ExciteDnya!!


As-salam.

Tetiba tak boleh nak tido, buat keja pon boleh stop sebab excited search info pasal tempat tu.
Ya Allah percepatkan la hari Khamis. Dah setahun lebih aku tak berjalan jauh. Last berjalan jauh aku pi ke Vietnam .banyak tips dan blog yang share pasal tempat tu. Gila menarik rasa nak pi esok terus. haha. * takut nafsu terbabas sebab belum pi sana lagi pon dah bernafsu dangggg betul la*

Hopefully aku cukup duit nak beli semua benda aku nak. kalau tak cukup call meow-meow bank in duit sket boleh tak? eh. tapi cane nak contact die eh? Selamat bercuti kepada powerfuff girls. aku, saira dan Z. mak aku dah pesan jangan duk suka-suka sangat kat tempat orang. dah la semua perempuan.



P/s: Aku tak bagitau lecturer aku nak amik cuti khamis sampai selasa depan. Nervous gila. Naseb baik bagitau through email je sebab dia tengah cuti. Kalau face to face mau dia tuntut jurnal. Mati aku balik nanti. hahaha. hangpa suma doakan la aku siapkan sebelum pi makan angin ni. hehehe








Thursday, October 6, 2011

Gorgeous Dress!!



Jom Cuci mata tengok baju cantek. Malatops design designer ni. Nama die Syara Kim. Suka tengok motif-motif bunga kat kaki dress. Rasa sweeeeeeetttnyaaa..





Gambar ni amik kat fb Syara Kim.






Cunnya dress ni. Tambah lagi melecun si bakal menantu Chef Wan.




Ni satu lagi baju yang cantek. Picture ni pon amik dari fb Kabus Ribut Photography. Not bad juga dorang punya kerja. eh Orang taiping ke? Nak upah boleh?
tolong amik gambar time konvo je. haha.
mana ada sape nak tunang ngan saya pon.



p:s- sape leh teman saya makan. dah banyak malam saya tak makan dinner. Saya teringin nak makan dekat nasi kandar beratur. Masalahnya kedai tu buka lewat malam. sob sob..
Kalau la cik saira ada di umah, dia la partner makan saya. huhuhu





Tuesday, October 4, 2011

Perm Or Rebonding?


Sempena bulan Oktober yang baru bermula, aku rasa nak buat benda baru. Bulan oktober bulan yang best bagi aku. sebab apa? Lu pikir la sendiri :) Aku rasa nak tukar style rambut. haha. Orang kata pakai tudung pon sibuk sibuk ke nak buat rambut!! Bagi aku tak salah, walaupon tak tunjuk kat orang lain tapi untuk kepuasan diri kan. Saja gedix la kan. Help help me. Aku taktau nak buat fesyen gapo. Last aku buat rambut rasanya masa kecik, mak aku cakap dia buat perm kat rambut aku. Fulamak Caya la mak. Rugi takde gambar leh tayang kat korang sikit.




Kalau aku buat jadi comel macam ni tak?




suka ni tapi kena colour rambut la gitewww.haruslah tak boleh.


Orang lain dah lama buat aku baru terhegeh-hegeh nak try. hahaha.
Kampung ke? Ada aku kisah?


Hint nak bagi tau.

* aku bukan orang yang suka sikat rambut*

So aku rasa dah tau nak buat ape, tapi teringin plak rebond? huhu




meow2, Kalau rambut i camni, u sayang i lagi tak?

hahaha



Saturday, October 1, 2011

Terengganu Trip (Day 2)

Kita continue day two plak. Hari kedua, dimulakan dengan ke Umah Fajar. Kira umah pengantin tu. Umah die kat area Setiu. Almost sampai tengahari kami stay situ sebab nikah dan majlis bersanding dijalankan serentak. Actually ni 1st time aku pi umah kenduri yang majlis bersanding start awal. Pukul 11.30 pagi dorang dah sanding. haha..Memang hebat tapi bagus gak sebenarnya. Boleh tetamu datang awal balik pon awal. hehe..




Congrats Pajar




macam buat catwalk gitew..Sorry la kat kawan-kawan belakang tu kena angkat hadiah yang berat tu.hehe




Verrryyyyyy veryyyy like this!!hahaha..

Pajar macam terkejut ada orang hug die. Hello itu husband ok :)





us with the bride




Ontheway balik kami sempat singgah Pantai Penarik. Cun Cun sambil pekena satong goreng lagi. Seafood aje minggu tu..Sebab tu kut aku sekarang menderita sakit kaki. Seriau neves tunggu result blood test. huhu




Terengganu cuma best dengan Pantai dan pulau-pulaunya sahaja. Ada orang nak marah aku tak? hehe




Sebelum berakhir trip, aku sempat ke kedai Air Buah Gelas Besar. haruslah aku tak try gelas paling besar. Bapak terkejut tengok. Lastly, trip ke ganu memang ada kisah. :)




Gambar kontroversi. Ramai ingat aku dah bertunang. Walaweh..Haruslah idok. Mike mike semua kalau nak tahu bila aku enganged rajin-rajin la baca blog ni. Haruslah teman hapdate di sini..See u again Terengganu. Dop puas jalang-jalang lagi. Meow meow pon kejap je dapat jupe die.



Terengganu Trip (Part 1)






Masa cuti Hari malaysia, aku sempat ke terengganu. Emmm..pergi kenapa? Sebab kenduri kawan aku. Lebih kurang teman rapat masa kat UM..Selamat Pengantin Baru Tongga. sob sob..Tongga lawan sifu dulu.tak aci dowww..nak kena kawin gak la..hahaha.Hari pertama aku sempat ke Pasar Payang. Masa kat pasar, banyak kedai yang belum buka. Tapi majority macam tak buka lagi. sebab aku pergi hari jumaat dan awal pagi. Selepas kawan-kawan aku dapat beli batik. kami pulang.















Usai jumaat, aku kuar ke masjid kristal dan taman tamadun islam. Best ke? hmmm..Ok la. die banyak info mengenai masjid-masjid di seluruh dunia. Acara wajib aku di situ haruslah berposing. hehehe..Jom layan gambar.



































Banyak ini je ke gambar kat sini? Banyak la tapi malas nak upload. Korang gi lawat sendiri la. :)





Lepas tu, aku terus ke Unisza visit my gemukkk..adik ku. Die study situ alang-alang kakak yang baik kan, kena la jenguk-jenguk. Kami pergi lepak kat Tok Jembal. kat situ pekena ikan,sotong celop tepung. Gambar tak tangkap la pula.huhu. Malam dah tiada aktiviti Zzzzzzz awal. Penat..





P/s: next entry hari kedua pula. :)











Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...