TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih

Ada awal tiada penghujungnya

Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa

Diratib demi mencari redhaNYA

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


p/s: susah aku nak cari gambar pose sopan2 gini.hehe


Thursday, August 25, 2011

MacaroonsKu Yang Comel

Hello. Baru arini sempat nak update blog. Nak tunjuk la sikit cara-cara buat macaroons. Excited sangat nak buat dan untuk merasmikan oven yang baru dibeli. Macaroons memang susah nak buat tak tipu la. huhu. Rasa nak nanges sebab buat tak jadi. haha. tapi seronok gak. Macam main masak-masak gitewwwwwww..

Ni resepi yang aku guna. Aku jumpa dalam magazine Nur.

2 biji putih telur - suhu bilik jika gred A
1 cawan gula castor
3/4 cawan almond kisar
1-2 cawan gula icing
pewarna ( aku guna warna pink)
Gula manik
Secubit cream of tartar
Chocolate Filling ( untuk inti)


Bahan-bahannya.



Sebelum mula, amik baking paper dan alaskan dalam dulang pembakar. Amik duit syiling 20sen dan lorekkan. Ini supaya senang nak hasilkan bentuk bulat-bulat.


Kemudian, satukan putih telur dan gula kastor ke dalam periuk dan dimasak secara double boil. ( Sentiasa kacau sampai gula larut)




Masukkan hasil tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga betul2 kembang. Gunakan kelajuan sederhana sehingga kelajuan maximum.



Masukkan pewarna mengikut warna yang disukai. dan pukul lagi sehingga warna sebati.



Masukan almond kisar dan gula aising bergilir-gilr sehingga sebati.






Masukkan adunan ke dalam beg piping. dan piping ke dalam dulang pembakar yang telah dilapisi baking paper. * Masa ni aku dah rasa ada something tak kena* Sebab adunan macam cair je *




Tengok hasilnya. Cair dan takmo jadi bulat. Aku dah hampir meroyan masa ni. hahaha. Stress beb. Lepas dan piping, leh letak gula manik kalau suka. Kena make sure macaroons betul-betul kering sebelum kita bakar. Bila kita sentuh, adunan tu tak melekat di tangan maka boleh la masuk dalam oven.

Kemudian bakar pada suhu 150 C dalam 10-12 minit. Dah siap bakar, sejukkan dia dan boleh letak intinya. aku pilih inti chocolate. Senang sebab kat bakeri dah ada jual hehe..



Hasilnya yang tak menjadi. Mak aku leh gelak. Ayah pon sama gak. huhu. aku tensen tengok tapi nak makan rasa sayang sebab penat buat. hehehe..

Kesimpulannya aku rasa aku ada buat beberapa kesilapan. Contohnya, putih telur aku tak betul-betul kembang. Aku juga tak guna serbuk almond. Dan almond kisar yang aku guna tu masih lembap. Aku kuarkan dari fridge dan terus guna. haha. Itu pon selepas aku jumpa satu blog yang buat macaroons sangat comel. Menyesal tak cari-cari resepi dulu dan bulat-bulat ikut resepi dalam Nur. huhuhu..


Next time nak follow resepi akak ni bagi. Oh Comelnya!!!





Thursday, August 18, 2011

Yang Gebu dan Menggiurkan


Bulan posa aku suka update benda makan la kan. Makruh tak? hehe..Aku tak pernah try lagi macaron. Dulu masa aku dengar aku pelik gak apa tu? rupa-rupanya macam biskut oreo je. cuma warna-warni and banyak flavour.




Mana la aku tak tergoda.


Aci tak kalau aku nak rasa satu? Tapi bukan dengan beli sebab aku tak tau nak beli kat mana. Aku nak try buat sendiri sebagai biskut raya. aku sendiri pon nak gelak. Puding buat pon fail. haha..




Decoration ni menarik tapi nak sebelum bagi tetamu gayanya habis kat mulut sendiri.



Leh ganti duit raya. Mai la umah..



Pinky. Like like



Tergodek godek mengiurkan nak masuk mulut je. haha


Comel kan?


Harap-harap menjadi hasrat nak buat. Al-maklumlah bizi sungguh kehidupan sekarang. Kuih tunjuk-tunjuk kan banyak lagipon ada mak yang rajin buat kuih kat umah. hehe



Tuesday, August 16, 2011

Cubaan Puding Jagung!!


Ramadhan dah masuk hari ke 16. Berlumba-lumba orang menuju ke Mall dari ke masjid. huhu.
Semalam tekak ku teringin pulak nak makan puding jagung. Aku pon pergi la Tesco membeli barang- barang. Chewah. Bajet teror la sangat. Selama ni tengok mak buat je tak pernah amik tau. haha.


Hello mak, apa bahan nak beli?



Mak kata beli la Tepung Kastad, Santan ( kalau tak nak guna susu cair), dan satu tin jagung.


Horray. Dah siap beli aku bergegas balik. Relax - relax melayan perutku yang sakit. Start kul 3 aku pon selinsing lengan baju masuk dapur. Aku pon buatla ikut resepi aku google sebab terlupa mak bagitau buat camne. haha. Makan semut banyak sangat. :) Ni resepi nya..


1 cawan tepung kastad ( aku confuse dah cawan saiz apa)

1 tin jagung manis

3/4 cawan gula

2-3 cawan air

1 kotak santan atau 1-2 cawan susu cair

Modus operasi

Campurkan semua bahan. Kacau sehingga likat dan berkilat. Kalau boleh kilat sampai mengerlip2 atas api yang sederhana. Kalau kuat kang hangus pula. Make sure semua adunan sebati dan jangan berketul-ketul. Masa ni aku excited. Yess. Puding Dah siap. Tutup api dan sejukkan dalam fridge.


Masa menunggu

.
.
.
.





Selepas Lima jam, ini hasilnya.Kecewa aku. Puding dah rupe bubur. Teruk nampak bebenor. sob sob sob. Tak tunjuk gambar ni kat mak lagi. Kalau mak tengok confirm gelak dan bebel tu la mak buat bukan nak tolong. Dah bila masak nak tolong? Mak buat pon sepantas kilat. tengok-tengok dah siap dimakan. hehe. Rasa puding aku ni dah sedap. Okeh. Angkat bakul tapi takmo beku. Pelik gak. aku rasa aku dah buat salah sebab sukatan air tak cukup. Lagipon tepung mungkin aku letak terlampau banyak.

takpelah Nadia. Cuba lagi (Ayat pujuk diri sendiri)


Cuba lagi dengan resepi Strawbery Trifle. Oh sapa pose jangan telan air liur!!



Wa sudah jatuh chenta sama lu trifle.
nanti nak try buat. :)






Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday Sayang





Happy Birthday to u.
Happy Brthday to u.
Happy Birthday to PJT..
Happy birthday to u..


*dah setahun, ada 8 tahun lagi. lamanya*
Alhamdulilah, tak pernah terfikir dapat beli kereta sendiri walaupon belum kerja lagi. Nanti dah kerja rasa nak beli rumah pulak. Tapi rumah bukan kaum lelaki patut beli ke? huhu. Mudah-mudahan rezeki sentiasa melimpah dari Allah. amin.. :)



Tuesday, August 9, 2011

Pecah Rumah



Sekarang setiap hari mesti ada kes bunuh akibat pecah rumah dan samun. Rasa takut juga jadi perempuan. Macam aku. Stay kat Umah sewa dengan 5 orang housemate. Kalau jadi pape, selamatkah kami semua? huhu..Sebab baru-baru ni, ada kejadian pecah rumah di apartment kami. Naseb baik penjahat tu tak sempat masuk umah, mereka hanya sempat gergaji mangga kunci pintu. Sebab ketika tu jiran sebelah balik. Selamatla umah tu dari dimasuki pencuri.


Aku pon jadi cuak sekarang. Even kalau naik lif atau ikut tangga. mesti kat tangan ada sesuatu. hahaha. Kena la beringat. Sekarang bukan zaman dahulu okeh. Meh aku share sikit cara-cara mencegah pecah rumah.

  1. Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah korang walaupun untuk masa yang singkat.
  2. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah hilang atau dicuri.
  3. Simpan duit atau barang kemas yang tak pakai kat bank. Tak payah tinggal banyak-banyak kat umah (Teringat aku kejadian ragut yang ayah aku cerita. sorang makcik ni buat report nanges teruk gila. dah la suma duit, barang kemas, dengan sijil nikah, surat beranak anak-anak pon dia usung dalam beg ) bernanah telinga sebab si suami kat sebelah duk marah dia depan orang ramai) haha.kesian tapi nak buat camna..itu pengajaran namanya.
  4. Macam aku yang duk umah sewa, kalau balik lama-lama macam contoh musim raya ni. Korang angkutla sume barang berharga macam laptop etc. yang barang-barang lain aku tak kisah tu owner punya. hehe..
  5. Jangan lupa mintak jiran tolong tengokkan umah bila korang takde kat umah. Tapi zaman sekarang mana ada macam ni lagi. Semua orang buat hal masing-masing je.
  6. Pasang la grill besi dan make sure pintu ada selak kedua. Susah sikit pencuri nak masuk.



Kalau korang dah buat macam-macam langkah keselamatan, tapi still jadi juga tu namanya takdir. Nauzubillah mintak dijauhkan dari kita semua.




Friday, August 5, 2011

Perasaan indah


Susah kan jadi perempuan. Benda kecik pon nak terasa. tapi tapi ada juga rasa terkesan di sanubari.





sayu


Jadi baby juga best.
Tido bangun berak bila lapar teriak..sumbat makan tido balik. :)



*cepatla siapkan jurnal ni. bosan gila. nak balik umah buka posa dengan family*

Mak masak apa?





Thursday, August 4, 2011

I luv my BF



Ramadhan dah 4 hari berlalu. Ruangan pojok pojok di akhbar atau blog banyak pasal kisah Apex putus tunang. Blogger pon ramai la update cerita-cerita ni supanya impact blog mereka diterjah. Siap letak muka orang ketiga. Mantap!!! Chop. korang tahu ke apa tu pojok-pojok? Pojok-pojok refer to ruangan gosip-gosip.hehe..




Pening ke bro?

Lepas insiden ni, tetiba aku rasa kesian kat si Elia. Dia kan ada jejariruncing. Majoriti kisah blog dia semua pasal Apex. yang pasal life die boleh bilang dengan jari la kan. Jari montok aku dah kira. huhu. Pengajaran yang aku dapat. Jangan suka canang sangat kisah kehidupan yang belum pasti di mana-mana ruangan. Sebab jodoh di tangan Tuhan. Kalau dah takdir memang tiada jodoh orang yang kahwin pon boleh bercerai. Sabo je la. Lelaki ramai lagi. Dont worry.. :)


Tapi kalau aku cakap macam ni mesti ada kawan-kawan yang tak suka. Aku pon tak suka juga sebab benda menarik mesti la nak share. Boleh boleh cuma kurang-kurangkan la. Nanti muak pulak orang lain baca kisah romantika de amour..hihi. Aku nak buat macam kawan aku boleh? Tetiba aku dapat jemputan dia nak kawin. Even tunang pon dia tak heboh-heboh. Memang ni yang sepatutnya kan? :)



Ni sorang lagi yang desas desus aku dengar kata dah putus juga.

Ally jom kapel ngan saya. setiap hari saya tengok awak kat MHI. dulu-dulu la. sekarang mana ada masa. hehe


* Mood gedix di malam jumaat * haha..




Wednesday, August 3, 2011

Ngidam


Ayaq Tebu




Semalam dah beli. Tapi Ceroi ( mungkin sebab ais banyak)

* dahaga *

Selamat menghabiskan baki 27 hari lagi.

aku mesti tak boleh puasa penuh ^-^







Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...