TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Tuesday, August 16, 2011

Cubaan Puding Jagung!!


Ramadhan dah masuk hari ke 16. Berlumba-lumba orang menuju ke Mall dari ke masjid. huhu.
Semalam tekak ku teringin pulak nak makan puding jagung. Aku pon pergi la Tesco membeli barang- barang. Chewah. Bajet teror la sangat. Selama ni tengok mak buat je tak pernah amik tau. haha.


Hello mak, apa bahan nak beli?



Mak kata beli la Tepung Kastad, Santan ( kalau tak nak guna susu cair), dan satu tin jagung.


Horray. Dah siap beli aku bergegas balik. Relax - relax melayan perutku yang sakit. Start kul 3 aku pon selinsing lengan baju masuk dapur. Aku pon buatla ikut resepi aku google sebab terlupa mak bagitau buat camne. haha. Makan semut banyak sangat. :) Ni resepi nya..


1 cawan tepung kastad ( aku confuse dah cawan saiz apa)

1 tin jagung manis

3/4 cawan gula

2-3 cawan air

1 kotak santan atau 1-2 cawan susu cair

Modus operasi

Campurkan semua bahan. Kacau sehingga likat dan berkilat. Kalau boleh kilat sampai mengerlip2 atas api yang sederhana. Kalau kuat kang hangus pula. Make sure semua adunan sebati dan jangan berketul-ketul. Masa ni aku excited. Yess. Puding Dah siap. Tutup api dan sejukkan dalam fridge.


Masa menunggu

.
.
.
.





Selepas Lima jam, ini hasilnya.Kecewa aku. Puding dah rupe bubur. Teruk nampak bebenor. sob sob sob. Tak tunjuk gambar ni kat mak lagi. Kalau mak tengok confirm gelak dan bebel tu la mak buat bukan nak tolong. Dah bila masak nak tolong? Mak buat pon sepantas kilat. tengok-tengok dah siap dimakan. hehe. Rasa puding aku ni dah sedap. Okeh. Angkat bakul tapi takmo beku. Pelik gak. aku rasa aku dah buat salah sebab sukatan air tak cukup. Lagipon tepung mungkin aku letak terlampau banyak.

takpelah Nadia. Cuba lagi (Ayat pujuk diri sendiri)


Cuba lagi dengan resepi Strawbery Trifle. Oh sapa pose jangan telan air liur!!



Wa sudah jatuh chenta sama lu trifle.
nanti nak try buat. :)






No comments:

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...