TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, November 9, 2011

Bandung

Dah karang lama, tapi tak publish-publish. Otak macam dah berkarat dan macam takde idea naktulis camne. haha. Ape nak cerita pasal bandung eh? Tempat shopping? makanan? Aku memang excited nak pergi Bandung, bila sampai memang pack la jadual aku hari-hari sebab kuar umah pagi, balik dah lewat malam. amik kau. naseb baik sakit kaki masa tu dah sembuh. Berkat aku pergi urut kat Taiping. Syukran!!. Trip ke Bandung hanya 3 hari. 2 hari lagi aku ke Jakarta pula. Meh aku story tempat menarik boleh lawati bila ke Bandung.




Atas flight ke Bandung. Macam lawak je translation Malay tu. hehe



Kota bandung Di waktu Malam..

Kalau korang yang suka menikmati permandangan yang indah, aku suggest kan korang ke Tangkuban Perahu. tempat kawah gunung berapi. Jangan di sangka tak aktif ye. Tiket masuk ke tempat ini sebanyak 17000 rupiah. Itu kalau local, kalau macam aku foreigner harganya double. Tapi aku bernasib baik dapat harga local. Gi mana? hahaa. pura-pura tido dalam kereta, nanti kawan aku yang memang orang indonesia beli tiket cakap semua dalam kereta adalah local. hahaha. Bijak!! Tapi hati-hati jangan sampai terkantoi sampai mereka minta ID.




Dah selesai posing-posing dekat berjam-jam juga la kami kat atas gunung ni. Sambil tunggu si lelaki sudah solat jumaat. Masa turun dari gunung, kami singgah ke ladang teh. Cool gila.


Macam kat Cameron la kan?



Kami sambung acara berjalan dengan acara shopping di kawasan yang terkenal dengan Factory Outlet. Banyak kedai di sini kena pandai cari kedai supaya dapat baju, jeans yang best best. Shopping sampai tak sedar dah malam. hehe. Balik umah terus pengsannnnnnnnnn..


Hari ketiga aku ke Pasar Baru. Di Pasar Baru, memang korang kena pergi awal awal pagi. Sebab masa tu customers tak ramai lagi. So bila korang tawar menawar boleh la nak demand sikit. Dan paling penting jaga semua barang-barang. Yang bawak handbag make sure beg korang di bawa ke bahagian depan. PICKPOCKET sangat banyak dan pandai je amik peluang. Aku asyik membeli belah di sini. Murah siot. hahaha. Jemmm mata macam berpinau pinau rasa nak borong semua. dan duit rupiah aku hampir habis di sini. Sempat rembat dua tiga barang untuk bisnes. hehe. Next time nak pergi borong lagiiii. Barang-barang kawin pon murah. Kain lace, doorgift..boleh gila tengok design-design yang sangat cantik. Okeh aku dah ajak meow2 pergi taun depan. haha..Die kata ok. OK die tu boleh caya ke? :)







excited dah lama tak pakai skirt kembang-kembang gini.wee



Hari Keempat aku ke Garut. Tempat ni femes dengan barangan Kulit. OMG. memang sangat murah. Mana nak dapat handbeg kulit kambing/ lembu dalam harga tak sampai seratus. Paling best kasut kulit dalam harga rm40 je. Tapi aku berjaya mengunci nafsu aku haritu. aku beli untuk ayah,alif dan meow2 je. Untuk diri sendiri, takpela aku dah ada beg kulit yang cantek tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi . huuuuu..



ais yang sedap. super duper like..




Semuanya kulit. kasut boleh dapat dalam harga rm40. juling mata kejap.




Lepas seharian shopping Di Garut, kami ke di Hot Water Springs. Tapi masa otw, kami singgah ke Mulih K' Desa. Tempat ni memang syokkkkk..sejuk perut lemak aku tengok sawah-sawah. kalau yang nak bermalam pon boleh. Bilik die boleh tahan gak cantik. Sesuai orang yang nak honeymoon. Sunyi sepi. hahaha. Bilik pulak parking baik ditepi sawah dan kolam. Port menarik untuk berposinggggg..hehe







Boleh lepak makan minum juga.








Memang best, tapi aku tak mandi pon. sebab malas nak salin baju. Entrance fee die 20,000 rupiah. Ada kamar mandi sorang-sorang, atau kolam renang dan kolam air panas. Aku hnya lepak di tepi kolam air panas sambil rendam kaki je dengan usya ragam orang yang mandi manda. haha.


Tamatlah aktiviti aku di Bandung yang mantop gitewww. Keesokkan harinya aku ke Jakarta pulak. Nanti update kat entry lain.



Capet Bangat!! Sangat enjoy di bandung. :)






3 comments:

tia itsrain said...

singgah sini. wahh...best2...xsabar nk g bandung cuti skolah ni :)

kuKu said...

Hai Tia. Best jangan lupa shopping sakan tau..:)

AR Johor said...

As Salam...Terima kasih atas maklumat khususnya berkenaan Garut...Akan ke Bandung pada 1 hingga 4 Disember 2012

Khairul...

http://arjohor.blogspot.com

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...