TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, November 23, 2011

Jakarta Yang Bingit

Dah bersarang post ni. tapi baru ada masa nak habiskan. Tak kisah la ada orang nak baca ke tak kan? hehe. Maaf Entry ini penuh dengan gambar. Ini kiranya sambungan cerita Bandung. Aku ke sana dengan menaiki bas ekspress. Nak bas punya la awal, pukul 4.30 pagi. Satu yang aku nak puji pasal sistem bas mereka, syarikat bas akan call setiap penumpang jika mereka rasa dah lambat tak sampai-sampai lagi. Hebakk kat Malaysia ada ke? :)




Sampai Jakarta lebih kurang pukul 9pagi akibat jalan jam. Dahsyat gila jam kat Jakarta, sampai jalan yang sepatutnya ada 4 lane boleh muatkan 8 kenderaan. Memang boleh bontot cium bontot pon. Aku nampak bas bergesel dengan kereta. amik kau kemek terus. Sampai di airpot, Ferdian yang menjemput kami. Oh Ferdian ni kenalan baru yang aku kenal melalui Saira. Sangat baik sebab melayan kami dengan penuh ekslusifffffff..bawa Jalan-jalan Jakarta sampai capet. hehe..



Kesempatan untuk tangkap gambar aiport, takkan dilepaskan. hehe.




Dufan adalah tempat pertama yang aku jejaki di Jakarta. Seronok sangat. Rasa nak pergi lagi sebab tak puas main aritu. Entrance fee die lagi mahal dari Genting, 150,000 rupiah dalam RM60. Nasib di sponsor. hehe..





Roller coster ni lawak ah. Baru nak feeling-feeling tetiba dah abis. Dia pusing seround je. haha.





Kalau ke sini, cuba la main benda ni. tapi awas. Boleh muntah untuk orang yang senang pening.




Frust sebab mainan ni under construction. Kalau tak aku pasti cuba. Agak-agak sama tak rasa naik dengan SpaceShot yang Di Genting?



Ini di Rumah Miring. Pening sikit kena jalan senget. Opss. berpeluh sudah.



Di sekitar Pantai Anchor. Ada kabel car tu.



Ini pulak salah satu tarikan pelancong di Jakarta. Namanya Monash Tower. Ada polis jaga sebab yang di puncak tu dibuat dari emas. Maling-maling kan banyak kat sana. Tak pasal-pasal hilang tower ni. haha


Sibuk-sibuk main tak terasa perut lapar. Bila malam mula kalut mencari makanan Di Sky Dining, Plaza Semagi . Cun lampu lip lap bandar Jakarta kelihatan dari atas tempat makan tu. Rasa kesian pulak dekat orang-orang yang dalam kereta tu. Pegi keje stress, balik pon stress. Naseb baik aku belum kerja lagi. haha. dekat penang yang jam sekejap-sekejap pon aku dah benci, tambah kat Jakarta ni.





Keesokan harinya kami ke Kedai Nasi Bakar. Makanannya enak-enak belaka. Paling tak tahan kepedasannya. Sampai balik malaysia dekat seminggu aku duk cirit birit. haha. Best gila pengalaman mencret.Mencret tu cirit birit la.





Nampak cili bertaburan? hanya perut tahan kebal je yang mampu habiskan. Macam aku.



Bye-Bye Jakarta.

Kesimpulannya, aku tak puas lagi jalan-jalan di Indonesia. Banyak tempat lagi yang belum aku jejaki. Macam kat Jakarta ni haruslah ke Tanah Abang. Tunggu next trip. InsyAllah. Jumpa lagi Kaka and Kak Mia yang tak terbalas budi mereka. dan juga Ferdian, Masdika, Pak Yayan dan juga Agung. Thank You Soooo Much!!


No comments:

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...