TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, April 27, 2011

Awek Cun Bertudung..


Assalamualaikum and hello hello..


Sekarang ni macam-macam gaya orang pakai tudung.Termasuklah aku..Aku start pakai tudung masa darjah 6. Tapi masa tu pakai masa g sekolah je.hehe.Start pakai alim-alim masa Form 1 or 2 rasa. Lupa ah pulak..haha..Yang tau masa tu pakai tudung bodoh-bodoh je. Murah je tudung tu. Tapi labuh gila.Siap ade corak bunga-bunga lagi. Kalau aku letak gambar masa ni mesti korang suma tak kenal sape budak comot ni.haha.Sebab masa ni tengah mengalami tumbesaran maha hebat.;)


Then bila aku masuk matrix. Gaya tudung still sama. Tudung bawal. Famous amour siap kalau batu kelip-kelip macam lampu liplap besar tu la mahal. Kalau tak liplap tu faham-faham sendiri la ye..Bila masuk UM pon gaya still sama cuma takde la nak serabai- serabai sikit. Almaklumlah masa ni kerap g dating. Dating mestila nak nampak cantek kan^-^. haha. Aku selalu pi Jalan Tar. Sebab kat situ nak beli tudung murah dan banyak pilihan.



Ni la tudung bawal yang aku cakap tu. Eh, ade orang cakap aku lagi comel pakai tudung macamni. Masa ni dah habis life kat KL, so kita layan nasi kandaq pulak..


Start habis belajar, tak silap aku tahun 2008- Bajet macam dah lama la kan..;)..Aku mula berjinak-jinak dengan Shawl. Masa mula nak try pakai memang la rasa pelik sikit. Muka yang semulajadi bulat mestila bulat lagi kan. Tapi aku hentam je la.Yang nak tanggung tu aku, bukan korang yang melihatnya kan!! So dengan gaya yakin. Aku pon redha je janji aku tak kacau orang suh beli kat aku kan..



Bulat kan aku dulu? hahaha. Godek godek album lama jupa pic ni..Rindu..



Tetiba trend berubah, masuk tahun 2009..Manusia yang bergelar perempuan semua mula gila memakai shawl. Kuarla macam-macam jenis shawl sampai nama pelik-pelik pon ada. aku pon gila juga sama. Seb baik bukan gila yang boleh masuk tanjung Rambutan.Masa ni ade satu penyelamat insan-insan yang bermuka bulat. Kuarnya inner atau orang panggil anak tudung. Aku ingat lagi masa aku dan adik pakai, ayah aku tanya memang style warna-warni ade kat kepala ke? hahaha..Ayah dah pening tengok kan.. Dan disebabkan kegilaan ni la aku amik inisiatif nak jadi tauke tudung..hehe..Singgah sini ye Ku-Nadia Collection ;) Inner ni juga buat someone akan tanya aku nape tak pakai yang warna-warni kat kepala tu? Jawapan dalam hati- pelik ke muka aku bila jupa die tak pakai?Mesti aku comel bila pakai kan? hahaha..muntah cepat.;)



Sampai sekarang aku still maintain gaya sama je. Malas nak nak serabutkan kepala fikir fikir cara baru. Almaklumlah sekarang ramai nak folo Hana Tajima. Kang silap belit dah ghupe Hantu kak Limah jadinya..





Tapi awek ni cun kan? Tetiba aku rasa nak buat style camni pulak, Tapi sesuai tak uolsss??
Title entry ni sempena Maya Karin- tiada kaitan dengan aku. heeeeeeee..








No comments:

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...