TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Saturday, April 28, 2012

lelaki yang bosan



Lazimnya, dalam menjalinkan dalam sesuatu perhubungan, ada beberapa kesilapan yang jarang lelaki perhatikan. Bagi mereka, ia hal biasa dan telalu remeh untuk difikirkan tetapi tidak pula bagi pasangan mereka. Akibat kesilapan yang dilakukan ini, pasangan mereka beranggapan lelaki yang mereka cintai itu sudah berubah hati atau mungkin sudah mempunyai pengganti baru yang lebih baik daripadanya. Antara kesilapan-kesilapan yang sering kali dilakukan oleh lelaki dalam menjalinkan hubungan adalah antara berikut : 

Pentingkan Diri 
Hal ini merangkumi pelbagai aspek misalannya, pakaian berjenama, soal seksual dan pelbagai aspek lagi. Bila anda mementingkan diri sendiri bermakna anda merosakkan hati wanita yang mungkin mencintai anda setulus hatinya.

Memaksa Pasangan
Tanya pada diri anda, adakah anda suka orang memaksa diri anda? Tentu jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang suka dirinya dipaksa malah ada juga yang menganggap ia dianggap perlakuan ganas. Justeru itu, kalau anda tidak suka diperlakukan begitu, samalah seperti pasangan anda juga. Paksaan ini mungkin merangkumi soal berpakaian, penampilan diri, melakukan aktiviti yang tidak disenangi wanita dan sebagainya. Jadilah lelaki yang baik di mata wanita kerana anda akan lebih disayangi.

Berubah Watak
Lelaki budiman lazimkan dikaitkan dengan lelaki yang sangat baik. Namun awas, ada lelaki tampak budiman hanya di hadapan anda dan kemudiannya berubah watak di belakang. Itu hanya sebagai taktiknya untuk memikat. Wanita suka akan lelaki yang pandai bergurau dan sesekali membuat humor dan anda tidak perlu menjadi lelaki ‘kebodoh-bodohan’. 


Tiada Variasi

Umumnya, sesiapa sahaja akan berasa bosan jika hubungan agak statik. Daripada mula mengenalinya sehinggalah hubungan bertahun-tahun, anda mungkin tidak melangkah ke satu fasa lain yakni ke alam perkahwinan. Sebagai lelaki, anda mungkin tidak kisah hendak berkahwin pada usia berapa tetapi tidak bagi wanita semakin meningkat usia, mereka akan dikatakan anak dara tua. Sebaiknya, anda perlu berani untuk membuat satu pembaharuan dalam perhubungan. 


Terlalu Menguasai
Tentu anda pernah mendengar ada pasangan yang merungut bila pasangannya mahu ‘menguasai’ tanpa berbincang. Mereka biasanya tidak mahu berkompromi dengan pasangan dan berasa hanya mereka sahaja yang benar. Jika ini berterusan, pasangan akan membenci diri anda kerana beranggapan anda seorang keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebaiknya, berkompromilah kerana tidak rugi untuk berbaik dengan pasangan kerana adakala ideanya lebih baik dari idea anda. 


Menafikan Hak Wanita
Umumnya, wanita dikenali sebagai insan lemah. Ada juga yang mengaitkan wanita sebagai jinak-jinak merpati. Namun demi melindungi wanita, anda jangan sesekali menafikan hak mereka khususnya untuk menyuarakan pandangan, idea dan sebagainya. Sebagai lelaki, anda mungkin berhak tetapi berpada-padalah dengan hak tersebut kerana wanita juga punya hak mereka. 

Tidak Menjaga Perasaan
Lelaki bercakap lepas lazimnya tidak disukai wanita. Ini kerana hati sesuatu yang sangat sensitif dan sukar dimengertikan. Ia bersifat misteri. Jika anda berasa tidak salah tetapi ia mungkin salah pada mata orang lain. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata-kata buruk padahnya. Demi menjaga hati wanita yang selalu mengimpikan suami atau pasangan yang romantis, anda seharusnya pandai menjaga hati dan perasaan wanita. 


Tidak Menghargai
Lelaki lazimnya jarang mahu menghargai pasangan. Bagi mereka, apa yang mereka buat sudah memadai tetapi tidak bagi golongan wanita. Wanita biasanya minta dibelai dan dimanjai. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar satu penghargaan yang mampu membuatkan wanita tersenyum. Secara kesimpulannya, jadilah lelaki yang paling disenangi oleh kaum wanita pasti hubungan anda akan lebih intim dan bahagia. 

“You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world”


p/s: Tetiba blog jadi macam blog jiwang.haha Al-kisah nak cari info pasal study tapi dah terjumpa artikel ni share je la.


 



No comments:

Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...