Berkurun nak update pasal trip singapore ni. Cita pon dah basi kan. Sesiapa yang nak ke USS boleh naik bas, atau kenderaan sendiri masuk ke singapore. Macam kami, dari tune hotel ke USS, kami menaiki bas. Cuma leceh kena turun dua kali di Imigeresen Johor dan Singapore. lepas cop pasport kena naik bas semula.Nasib baik bas still bas yang sama. Yang muda okay la. kalau yang tua, datang bawa anak-anak kecil, rasanya lebih selesa menaiki kereta sendiri. Satu lagi nak pesan, datang awal ke USS. Kalau tak memang tak sempat nak main semua mainan. Lainlah kalau korang beli Express Ticket. Harganya lebih kurang RM150. Tak payah beratur pon memang express. Laju laju sangat sesuai masa tunggu game Transformer. Kami beratur 1 jam 20 minit. nasib baik berbaloi baloi. Tapi nak beratur lagi sekali memang tak sanggup. hehe. Korang layan la gambar-gambar semua...
Yihoo. enjoy sangat
Show ni best. Silakan duduk di bahagian belakang kalau korang tak mahu kena siram bermandikan air. Tapi memang happening!!
Kusyuk makan. Lapar lapar.
Last game kami main. kena pakai ni, kalau tak balik Johor pakai baju basah la beb.
Jumpa lagi di next trip eh travelmates. Mimi je tak boleh join. hehe
3 comments:
wah..best2..menarik kunjungan tuh...bila nak g lagi???
mmg best sgt. hehe. nak pi lagi bila ada orang belanja boleh? ;p
شركة رش مبيدات بالخبر
شركة تنظيف موكيت بسيهات
Post a Comment