TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Monday, September 17, 2012

Room Design Ideas


Alhamdulilah. Teratak rumah manis rumah hampir nak siap. Happynya. Paling happy mestilah ayah. Setiap minggu ulang alik balik kampung tengok proses pembinaan. Memang ada onak dan ranjau. Bab-bab kena tipu lumrahla adat manusia rambut sama hitam tapi hati busuk. Tapi nasib baik belum terlambat untuk sedar penjahat tu nak makan duit je. Tak hidup amanla dia kat akhirat sebab tipu orang. Orang kata kita kena maafkan perbuatan orang, tapi kami sekeluarga takkan maafkan. Hello penat ayah kerja kumpul duit, dia senang senang tipu nak songlap duit. Rasakan setiap kali buka posa, dia dapat habuan dengan doa doa yang tak elok. Haha. Tutup buku pasal tu, sekarang aku nak cerita pasal benda-benda yang cantik. Cantik juga bab duitnya. Nasib baik ada biz online ku yang boleh tampung hasratku ini. Hehe

Ayah bagi kebebasan nak cat warna apa untuk bilik masing-masing. Untuk mak, haruslah dia akan buat umah jadi English style. Semua kabinet atau perabot nak warna putih. Dah macam-macam perhiasan mak beli untuk realisasikan impiannya. Tapi not bad juga warna putih. Nampak tenang dan suci. Kat bawah ni antara idea-idea bilik yang menarik hatiku. Pink kena ada sikit-sikit tak kisahla bunga atau cadar ke. Haha. 




Yang ini yang menarik hati part katil dan juga wallpaper tu. Kalau reti, buat sendiri je yang wallpaper tu. Cuma kena kreatif dan ada tangan yang berseni! 




Cantik juga yang ni, tapi tak sesuai bahagian TV menghadap katil. 
Serabut, nak tido ke nak tengok TV.




Super sweet. Sesuai untuk yang share room. Aku mestilah tak boleh share. 
Umur berapa doh? Esok lusa leh kawen dah. Share dengan partner la. haha



Hati tersentuh tengok decoration ni. Ringkas, tenang, gabungan warna purple dan putih betul-betul IN.
Macam tak susah nak buat, kena cari katil, almari putih. Cari wallpaper yang sesuai. 
Jom mulakan pencarian dari sekarang. 

Ikea tak nak buka di Penang ke? Tapi ada rumours cakap Ikea tengah dibina depan Tesco Jelutong tu. Kalau betul, tolong siap sebelum aku pindah masuk umah boleh? Hehe

*nanti ayah nak buat housewarming. Bukan party party cuma kenduri kesyukuran. 
Ada kawan bagi idea, apa kata aku tunang sekali masa tu. Save bajet. Hahaha




Saturday, September 8, 2012

Syawal 2012


Alhamdulilah. Hampir berakhir musim raya. Semoga tahun depan jumpa lagi. Bahagia dapat cuti seminggu.Tapi bahagia lagi bila perut sebu dengan macam-macam makanan. :)  Seperti biasa, cuti raya di Kedah kemudian raya di Taiping. Sememangnya tahun ni sangat terasa yang kawan-kawan banyak yang dah kahwin sebab tiada konvo raya seperti selalu. huhu. 











Model raya tak femes. hihi 

Friday, August 17, 2012

Masa kumpul duit raya!

Salam Ramadhan.lama nyaa tak update blog.Oh ya. Sangat Bz dengan kehidupan sekarang. sampai nak dating pon tak sempat. haha.. ini tak tipu..serius. k bye.. Just Nak ucapkan selamat hari raya kawan2..Maaf zahir batin sekali. Mesti ada salah silap cuma kita manusia kadang2 tak sedar kan. JOM GEMUKKAN DIRI DENGAN RENDANG DAN KETUPAT/LEMANG. :)




Bonus abis kat sini. terlebih lagi ada la. heee..
Alhamdulilah murah rezeki di bulan Ramadhan.



Saturday, April 28, 2012

lelaki yang bosan



Lazimnya, dalam menjalinkan dalam sesuatu perhubungan, ada beberapa kesilapan yang jarang lelaki perhatikan. Bagi mereka, ia hal biasa dan telalu remeh untuk difikirkan tetapi tidak pula bagi pasangan mereka. Akibat kesilapan yang dilakukan ini, pasangan mereka beranggapan lelaki yang mereka cintai itu sudah berubah hati atau mungkin sudah mempunyai pengganti baru yang lebih baik daripadanya. Antara kesilapan-kesilapan yang sering kali dilakukan oleh lelaki dalam menjalinkan hubungan adalah antara berikut : 

Pentingkan Diri 
Hal ini merangkumi pelbagai aspek misalannya, pakaian berjenama, soal seksual dan pelbagai aspek lagi. Bila anda mementingkan diri sendiri bermakna anda merosakkan hati wanita yang mungkin mencintai anda setulus hatinya.

Memaksa Pasangan
Tanya pada diri anda, adakah anda suka orang memaksa diri anda? Tentu jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang suka dirinya dipaksa malah ada juga yang menganggap ia dianggap perlakuan ganas. Justeru itu, kalau anda tidak suka diperlakukan begitu, samalah seperti pasangan anda juga. Paksaan ini mungkin merangkumi soal berpakaian, penampilan diri, melakukan aktiviti yang tidak disenangi wanita dan sebagainya. Jadilah lelaki yang baik di mata wanita kerana anda akan lebih disayangi.

Berubah Watak
Lelaki budiman lazimkan dikaitkan dengan lelaki yang sangat baik. Namun awas, ada lelaki tampak budiman hanya di hadapan anda dan kemudiannya berubah watak di belakang. Itu hanya sebagai taktiknya untuk memikat. Wanita suka akan lelaki yang pandai bergurau dan sesekali membuat humor dan anda tidak perlu menjadi lelaki ‘kebodoh-bodohan’. 


Tiada Variasi

Umumnya, sesiapa sahaja akan berasa bosan jika hubungan agak statik. Daripada mula mengenalinya sehinggalah hubungan bertahun-tahun, anda mungkin tidak melangkah ke satu fasa lain yakni ke alam perkahwinan. Sebagai lelaki, anda mungkin tidak kisah hendak berkahwin pada usia berapa tetapi tidak bagi wanita semakin meningkat usia, mereka akan dikatakan anak dara tua. Sebaiknya, anda perlu berani untuk membuat satu pembaharuan dalam perhubungan. 


Terlalu Menguasai
Tentu anda pernah mendengar ada pasangan yang merungut bila pasangannya mahu ‘menguasai’ tanpa berbincang. Mereka biasanya tidak mahu berkompromi dengan pasangan dan berasa hanya mereka sahaja yang benar. Jika ini berterusan, pasangan akan membenci diri anda kerana beranggapan anda seorang keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri. Sebaiknya, berkompromilah kerana tidak rugi untuk berbaik dengan pasangan kerana adakala ideanya lebih baik dari idea anda. 


Menafikan Hak Wanita
Umumnya, wanita dikenali sebagai insan lemah. Ada juga yang mengaitkan wanita sebagai jinak-jinak merpati. Namun demi melindungi wanita, anda jangan sesekali menafikan hak mereka khususnya untuk menyuarakan pandangan, idea dan sebagainya. Sebagai lelaki, anda mungkin berhak tetapi berpada-padalah dengan hak tersebut kerana wanita juga punya hak mereka. 

Tidak Menjaga Perasaan
Lelaki bercakap lepas lazimnya tidak disukai wanita. Ini kerana hati sesuatu yang sangat sensitif dan sukar dimengertikan. Ia bersifat misteri. Jika anda berasa tidak salah tetapi ia mungkin salah pada mata orang lain. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata-kata buruk padahnya. Demi menjaga hati wanita yang selalu mengimpikan suami atau pasangan yang romantis, anda seharusnya pandai menjaga hati dan perasaan wanita. 


Tidak Menghargai
Lelaki lazimnya jarang mahu menghargai pasangan. Bagi mereka, apa yang mereka buat sudah memadai tetapi tidak bagi golongan wanita. Wanita biasanya minta dibelai dan dimanjai. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar satu penghargaan yang mampu membuatkan wanita tersenyum. Secara kesimpulannya, jadilah lelaki yang paling disenangi oleh kaum wanita pasti hubungan anda akan lebih intim dan bahagia. 

“You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world”


p/s: Tetiba blog jadi macam blog jiwang.haha Al-kisah nak cari info pasal study tapi dah terjumpa artikel ni share je la.


 



Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...