TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, September 28, 2011

Zip Mulut





Wordless Wednesday!!


Friday, September 23, 2011

Oh Serius Ka?

Masa Blogwalking kat blog SERIUS. aku terjumpa satu entry pasal benda alah ni. Hahaha. tak sangka kat dunia ada benda pelik-pelik macam ni. Yang suka cara ni boleh la ke thailand mencubanya. :) nak save cost buat sendiri je la..haha. Gila.












P/s: malam ni nak balik taiping. Jom ngedate kawan-kawan!!

Thursday, September 22, 2011

Air Roselle

Sape suka minum air ribena patut try tukar selera ke air roselle. Sebab rasa buah roselle lebih kurang air ribena. Sebelum cerita panjang pasal air roselle. Korang tahu ke roselle tu bentuk camne?




Tadaaa..Inilah buah roselle. Aku kan pembiak pokok. So dekat lab macam-macam pokok aku dan kawan-kawan tanam. Luar lab kami dah jadi mini garden. Suka tengok. Hari-hari rasa fresh tengok pokok-pokok sedang membesar sihat subur molek gitewwwww. Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa. Pokok ni kawan aku yang tanam. Tapi hasilnya die suruh aku yang buat. Al-maklumlah kawan aku chinese nanti kalau dia masak apa2 di rumah aku pulak tak boleh makan. ^-^


Khasiat buah roselle amat banyak

Boleh menyembuhkan batuk,demam,selsema, kanser,kegagalan fungsi jantung dan juga darah tinggi.



Kalau tanam pokok ini, bila keluar bunga menandanya pokok ni dah matang. dan buah-buah yang keluar boleh dikutip. Macam pokok yang ditanam ni. Tapi kalau buah yang kecil, aku biar dulu bagi besar sikit. Rasa buah ni masam-masam manis. Camne nak buat air? tunggu nanti aku cerita cara-caranya.



Kelebihan pokok roselle ialah buahnya akan kuar pada setiap ketiak tangkai. So memang banyak la buah yang dapat dari satu pokok.




Senang je nak buat air roselle. Mula-mula, korang kutipla buah roselle agak2 dalam 7-8 biji dan cukup.


Then, masak air dalam setengah periuk. dan masukkan kelopak-kelopak buah roselle yang telah diasingkan dari bijinya. Bila kita kopek kelopak akan jadi macam ni. Biar sampai mendidih dan masukkan sedikit gula. agak-agak nak manis sangat atau kurang manis. Kelopah buah tu biar sampai layu dan larut. Apabila warna sudah bertukar menjadi merah ribena. Api boleh di tutup dan korang tapis la untuk buang saki-baki kelopak tadi. Kalau nak bancuh, boleh tambahkan sedikit air masak untuk kurangkan kepekatan air tadi. Simple kan!!




Inilah hasilnya. Air Roselle. Sedap. Tak tipu. Cubalah..



Tuesday, September 20, 2011

Sakit Urat? Dapatkan Urutan terbaik di sini..


Aktiviti seronok membelai badan pada minggu lepas. Hanya dengan harga Rm25 termasuk sauna, urut, dan bubble bath.



Walk way sebelum masuk bilik.



Keadaan dalam bilik. Memang takde beza sangat dengan yang asal. sebab aku tak tangkap pon gambar.hehe. Urutan memang betul-betul traditional, bukan pakai alat. Rasa selesa lepas tu. Kalau yang bahagian lenguh-lenguh memang rasa sakit la masa kakak tu urut. Kakak tu cakap angin dah buat urat keras.



Sesi 30 minit Buble Bath. Bukan setakat mandian biasa. Ada alat macam urutan dalam bath tub. so masa mandi pon rasa macam di urut. Seronok.. Okeh. Dalam gambar mestila bukan aku.Package ni termasuk juga sauna. Aku dah biasa buat sauna so takde la rasa panas sangat compare dengan tempat lain. Tapi air kuar macam sebaldi kut. hehehe.


Pendek kata, bagi aku deal yang aku beli ni memang berbaloi. Disebabkan permintaan tinggi. Deal ni diadakan semula. Rasa ringan tangan je nak beli lagi. hahahha. Korang ape lagi? Tak nak cuba ke? Yang rasa nak beli deal ni boleh la refer sini http://milkadeal.com/deals/delaily-25for2hrs

Wednesday, September 14, 2011

Kawen Dan Tunang


Minggu raya pertama banyak sangat undangan kenduri yang aku terima. Ada 2 kenduri kawen dan tunang kawan-kawan SMC. Serentak sama hari pula tu. Maka dari pagi aku dah mengosongkan perut agar tengah hari dapat menjamah sikit2 makanan di semua kenduri tu.



Di umah kenduri Nabila. Best jumpa kawan-kawan lama. yang paling best dorang kata aku dah kurus. hahaha. Gelak setan kuar jap. :)



Lepas tu, kami semua bergerak ke Dewan Changkat Jering untuk kenduri kedua. Hasilnya di atas pelamin. semuanya masih single lagi. available?? yang tu tak sure..:)




Gerangan sapekah ini? Suka beads kat baju die. Comel dan sweeet.
empunya badan ialah Mimi. Ni kawan main zaman kecik-kecik. Tak sangka naaa..hang tunang dulu.huhu..


Segak naa hang mimi. bodek sat. ^-^

Congratulasi MiMi dan semua kawan-kawan.
Doakan semua orang dapat jodoh yang terbaik dalam hidup termasuklah aku sendiri. :)



Yana belum lagi gilirannya. Tapi minah ni offer aku jadi madu dia. hahaha. Tensen nuar dapat gf gini. ^-^


Tuesday, September 13, 2011

Family Potrait



Hasil daripada kedai gambar :)








Skema. Berdiri macam nak bagi tabik hormat je. Mak lagi best datang pakai selipar. haha. Seb baik dalam keta ada kasut spare aku. Tak pernah pakai lagi sebab tinggi nak mampos. huhu..
















Selamat hari Raya u olsss..


Tahun depan jumpa lagi. InsyAllah.











Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 2011




Amacam raya korang? Aku as usual biasa-biasa je. Hari raya kali ni takdelah semeriah sebab still teringat kat arwah opah. Rasa macam kurang family members. Raya pertama aku ada di Taiping. Raya kedua baru la kami satu family balik kedah. Sebab ayah & mak kampung lain-lain. Kalau aku kawen taktau camne nak bahagi diri. haha. Gatal!!





Di rumah moyang. Lampu liplap sakan!!




Aksi sementara tunggu boleh makan :)




Kami 3 beradik beraya di umah sedara.




The siblings :)



Aku still ada moyang. umur die macam nak dekat 90 tahun kut. lupa okeh.haha



Sempat beraya ke umah Saira. Baju kami sama je warna je lain.hehe. Itulah Bff. :)


Setakat itu je la nak update. Perasan tak gambar dengan mak ayah takde kan? Sebab masa kami duk posing-posing mak ayah lesap. Tunggu gambar studio siap. Oh Chomellll tak sabar nak tengok.



Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...