TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, July 27, 2011

Penguins Vs Pancakes

Hati korang sedih? muram? Kalau ya, aku nak suggest korang tengok satu movie yang melucukan. Hari isnin lalu aku rasa muram sekejap sebabnya pokok-pokok aku mati. sob sob. Demi untuk meggembirakan hati aku ajaklah Saira tengok Mr Popper Penguins. Sebab aku tengok review movie ni kelakar. Memang betul. Sebab penguins tu comel. Kat malaysia kalau boleh bela, aku pon nak buat gitu la. Hilang stress tengok movie ni..




Habis movie kami sempat makan kat Paddington house of pancakes. Yeahhhhhhhhh..terbaik!! Ni 1st time makan kat situ, aku boleh tak perasan kedai tu wujud kat Queensbay selama ni. hehe..Nak tengok makanan apa aku makan? Sat naa..Buat buat lupa lemak yang berjela kat badan. Yang best, waiter tu punya soklan masa kami suruh die suggest makanan yang best.

waiter- ermm, korang semua ni tak diet kan?

aku- *speechless* haha



Mai mai makan sini



banyak nya menu dia. gulp gulp



this is mine!! Pancakes aku terselindung di bawah ayam tu. hehe

Lupa la nama apa. yang pasti sedaaaaappppppp..


Saira chan punya..Besar gila.





Hai Alia.
Makanan dia pon menarik. Pancakes rasa spicy okeh. best best..





licin pinggan.
kesimpulan aku dah kembali gembira. Terima kaseh Allah atas nikmat ini. ^-^



Tuesday, July 26, 2011

Kenduri Tahlil + Sambut Posa


Last week 23 July balik taiping. Sebab moyang ada buat kenduri tahlil dan sambut puasa. Aku still ada moyang umur dia rasa nak dekat 95 tahun. Alhamdulilah masa kuat ingatan dan dikurniakan kesihatan yang elok lagi. Seperti biasa aku balik dengan family. Ramai juga yang datang. Seronok leh kumpul ramai-ramai kat umah moyang. Teringat kat arwah opah..huhuhu



Masa ni orang sibuk makan. Gambar orang baca yasin tak dapat nak snap




Lepas jamu orang yang datang barulah turn kami makan. Tak toleh kanan kiri dah pasni. haha. Apsal muka aku macam baru lepas nampak hantu?





Aku amik job basuh pinggan hari tu.Rajin kan? Anak sapa la ni..:)
Tok sedara aku nampak dia sempat kata tu tangkap nak tunjuk kat Bf la tu. haha. Sempoii!!



Ni my assist @ my 2nd sister..
Good girl jenis senyap ja dan selalu kena buli ngan kami. hehe





Ni photog @ my 3rd sister
Aku selalu gaduh ngan dia. tapi dia tak boleh nak lawan cakap kakak dia. like like..


the youngest- Alif tiada masa ni. dia pi sabah. hero cilik yang sangat disayangi family.




Nampak PJT tak? nak sambut 1st aniversarry 10 Ogos ni.
"sukanya" nak kuar duit bayar insurans..huhu




My wan!!
peace yawww


Lambaian Ramadhan Hampir menggamit Tiba.
Ayuh persiapkan diri semoga Ramadhan kali ini yang paling terbaik dalam hidup. ^-^



Sunday, July 24, 2011

Balik Kampung!!

Minggu lepas aku sempat pulang ke kampung ayah di Kodiang. Misi utama balik untuk makan buah. Banyak sungguh buah masuk perutku. sampai pening makan. hehe.. Kat kampung ada lebih kurang 8 pokok buah rambutan, buah dokong, durian ada gak tapi tak banyak dan buah pon kadang-kadang tupai yang makan dulu. Oh tupai kau sangat kejam la. Ada buah-buahan lain juga macam betik, cempedak, setoi dan ciku. Pendek kata kalau tiba musim buah-buah tak payah pi beli la.




Aku pagi-pagi dah bangun tolong ayah kait buah nak bawak balik penang. Ni sebahagian daripada pokok-pokok yang ada. Penat nak kait dan banyak sangat.





Pokok betik. Yang ni wan dan ayah yang sama-sama tanam. ada banyak pokok yang sedang membesar.




See!!!

Ayah sibuk kait buah, aku sibuk tangkap gambar dan makan. ;)





Buah dokong. Ni la buah feveret. Boleh duk lepak sambil makan bawah pokok je.





PJT full with fruits!!! haha

Sampai beg-beg kena letak kat seat keta. Next year datang la ke kampung ye.
Boleh mai makan kenduri buah-buahan.


p/s: semalam kenduri tahlil dan sambut puasa kat taiping. Masa adik tanya mana opah rasa nak nanges ja. huhu. Macam terbayang-bayang arwah opah ada kat satu sudut. Miss You.
Al-fatihah..



Thursday, July 21, 2011

Fashionista Bonia Pose


Gedik nak pose macam ni sebab masuk Fashionista Bonia contest. Sebab hadiah utama dia yang menarik Ipad2 dan RM 1000 cash voucher from Bonia. Mana tau ada rezeki alang-alang aku memang dah ada barang bonia.




The Precious Gift of Time.

aku bedal je letak caption ni ^-^. Padahal aku beli sendiri. kira gift untuk diri sendiri la. Aku dah tau nak pose cam mana dengan jam ni. Yela kecik je mana nak nampak tagline bonia kan. Seb baik kotak ada lagi..:) Jam baru berusia 2 bulan. Luv it. Rasa macam Kris Dayanti bila pakai Bonia. Hahaha..


So korang yang baik tolong la like pic aku kat link di bawah ni.




Boleh gak buat amal jariah kat aku incase ada rezeki. :)


Kerana kau Si Babi


Semua orang tahu yang babi atau bahasa lebih sopan khinzir adalah haram disentuh atau dimakan oleh orang Islam. Binatang ni telah menyusahkan hidup aku sekarang. bukan sebab aku gi makan, tapi aku telah bergelumang dengannya ke hulu ke hilir selama setahun lebih tanpa ku sedari. Naseb baik adik ku yang rajin gi belek purse ku perasan.

Kakja, sama macam purse kawan aku la. kulit babi.- kata adiku tetiba di petang yang dingin.

Aku masa tu terus tersentak!!! yang aku ingat aku dan pernah masuk geget purse tu, yela masa tu tangan penuh barang. geget la senang. hahaha..Camne? kena samak ke semua duit, ic, card2 semua.lol.



macam ni la rupe kulit tu.nyampah okeh. aku boleh tak perasan sebab ni kat bahagian dalam.huhuhu. Kesimpulan yang aku dapat jangan beli purse murah-murah. haha.



p/s: Fossil punya bukan kulit babi kan? Meow-meow dah approveddddd. Tapi pattern ni takdelah kat Gurney. Camno..

Kan best kalau dapat purse "Jurulatih" :)



dan akhirnya aku benci dengan nafsu. Sebab aku bernafsu tengok beg ni. hahaha. ni sape nak sponsor plak? Tampo sedas bagi sedar. Bubye!!





Tuesday, July 19, 2011

Mataku suka melihat yang comel dan cantek


Yang indah untuk ditatap.






Pre wed Nurul syuhada






Majlis pernikahan Farah.


Credit Pic semua dari website photog masing-masing.

Tetiba banyak la pulak gambar-gambar wedding artis kat blog ni. boleh join ohbulan and beautifull nara camni. ^-^





Video ni paling sweeet gitu. Congrats CST production.












Friday, July 15, 2011

Majlis Berinai Farah AF2 yang Simple Tapi menarik..

Assalamualaikum.




Inai dia macam pelik sikit..;)

Mestilah bukan jariku..mana ade nak runcing camni..huhu





Empunya diri yang manis..Farah Breep breeep. Nampak ringkas aja baju die.
Siapa nak berkahwin boleh la copy idea camni.




ON AIR - Farah Wedding Part 1 from lhmediatv on Vimeo.


Layan la video ni. Selamat Pengantin baru Farah..


Wednesday, July 13, 2011

Ikan BawaL Juru

Siapa kat dunia yang tak suka makanan memang rasa pelik sikit kan? Tapi nak makan kena la pada-pada. Macam aku, yang suka makan. tengok badan la kan..:) Aku suka jalan-jalan cari makan. Sebab nanti kalau kawan-kawan aku datang penang , mana dorang nak pegi makan senang la nak bawak. Mai cheq nak habaq satu tempat yang baru pi cuba tak lama dulu. tapi lupa nak update.

Kedai ni simple je.Terletak kat kawasan autocity juru. Tapi dalam area kelapa sawit, sebab tu la nama kedai dia Warung Kelapa sawit. Makanan utama yang orang akan nak pi try kat situ ialah ikan bawal goreng. Simple gila..Tapi customers dia punyala banyak nak nak time lunch. Masa nak bayar aku sempat la buat ramah mulut dengan pakcik kedai tu. Kedai ni buka pukul 11 pagi hingga pukul 3 ja. Hari ahad kedai tutup nak. kata pakcik tersebut. Hebat kan, buka kejap je tapi income pasti beribu-ribu sehari. Rasa takmo belajar sampai phd, aku nak buka bisnes ja..Aku nak jual ikan laga goreng. haha..




ikan bawal goreng with sambal kicap



sambal belacan memang penting. menu wajibku. ;)




harga 5.80- for nasi + lauk pauk

80sen- ayaqqqqqqq..


Walaupon simple tapi boleh laku.

Dahsyat penangan hawa nafsu manusia sekarang. :P

Sapa nak try mai penang roger me or google la sendiri.hehe..




Sunday, July 10, 2011

Nyah Si Lemak Tegar


Assalamualaikum and hello sunday.

LilySlim Weight loss tickers


Korang nampak tak pic ni. ada terpampang berat aku. actually tu berat aku since bulan tiga.Yang 73kg tu pulak berat aku masa tahun lepas. Berat kan? haha. kalau nak tau aku pernah lagi berat sampai 85 kg masa zaman SPM sampai la masuk UM. start masuk um, berat dah slow-slow turun sebab aku kena jalan pi kelas. Now aku still nak turunkan berat aku sampai 55kg sebelum bulan 10 ni? sempat ke? ^-^

Baru-baru ni aku sempat pi check level fat dalam badan.Memang banyak lemak-lemak gitew. So bila balik umah aku belek-belek satu suplement yang ayah aku makan sebab ayah ada sakit darah tinggi. Selain ubat doc, ayah juga makan Lecithin E- produk Amway. Alhamdulilah, doc pon cakap level fat dah makin kurang dan hati ayah juga dah mengecut. Sebab before ni hati ayah juga ada simptom-simptom membengkak. So aku pon plan nak try. sebab doc kata produk ni memang bagus lepas doc tanya ayah makan apa selain ubat doc bagi..




Ini sebab mengapa aku ingin cuba lecithin E- chewable tablets. rasa soya bean campuran Vit E+ Lecithin)

* Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
*Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.


Serius aku rasa cuak lepas lihat scan lemak aku. Lagi satu, Lecithin sangat membantu dalam program penurunan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar. Dengan gabungan VCO dan lecithin nescaya makin keraplah aku ke tandas. hehehe..
Hope aku berjaya. Ameennnnn..




Wednesday, July 6, 2011

Straits Quay


Pernah pi tempat ni tak? Straits Quay ni baru mula beroperasi tahun ni. Terletak berdekatan Island Plaza.Tak jauh pon dengan Gurney. Tapi tak banyak kedai best pon. cuma boleh tengok permandangan yang cantek.





Boleh la pi kalau nak tau ada apa kat sini..








hello partner.
bila nak mai penang lagi?



view bangunan kat sini

layan kan aje..


p/s: Happy 2nd aniversarry. give me time till end of this year..insyAllah.




Tuesday, July 5, 2011

Done!!



Yeay. Dah berjaya tukar boyfriend.

Ok tak design blog baru ni? Dah jemu warna pink.tukar ke biru nampak lebih redup mata memandang. Abaikan gambar di header tu. Anyway thanx to Agi sebab tolong buat. Makaseh..:D Lagu pon tukar. amik semangat supaya cepat abis master.^-^








Friday, July 1, 2011

Tukar Boifren

copypaste dari Blog Cap Ayam.


Memang Nak renovate Blog. Tunggu..:D









Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...