TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Wednesday, April 27, 2011

Awek Cun Bertudung..


Assalamualaikum and hello hello..


Sekarang ni macam-macam gaya orang pakai tudung.Termasuklah aku..Aku start pakai tudung masa darjah 6. Tapi masa tu pakai masa g sekolah je.hehe.Start pakai alim-alim masa Form 1 or 2 rasa. Lupa ah pulak..haha..Yang tau masa tu pakai tudung bodoh-bodoh je. Murah je tudung tu. Tapi labuh gila.Siap ade corak bunga-bunga lagi. Kalau aku letak gambar masa ni mesti korang suma tak kenal sape budak comot ni.haha.Sebab masa ni tengah mengalami tumbesaran maha hebat.;)


Then bila aku masuk matrix. Gaya tudung still sama. Tudung bawal. Famous amour siap kalau batu kelip-kelip macam lampu liplap besar tu la mahal. Kalau tak liplap tu faham-faham sendiri la ye..Bila masuk UM pon gaya still sama cuma takde la nak serabai- serabai sikit. Almaklumlah masa ni kerap g dating. Dating mestila nak nampak cantek kan^-^. haha. Aku selalu pi Jalan Tar. Sebab kat situ nak beli tudung murah dan banyak pilihan.



Ni la tudung bawal yang aku cakap tu. Eh, ade orang cakap aku lagi comel pakai tudung macamni. Masa ni dah habis life kat KL, so kita layan nasi kandaq pulak..


Start habis belajar, tak silap aku tahun 2008- Bajet macam dah lama la kan..;)..Aku mula berjinak-jinak dengan Shawl. Masa mula nak try pakai memang la rasa pelik sikit. Muka yang semulajadi bulat mestila bulat lagi kan. Tapi aku hentam je la.Yang nak tanggung tu aku, bukan korang yang melihatnya kan!! So dengan gaya yakin. Aku pon redha je janji aku tak kacau orang suh beli kat aku kan..



Bulat kan aku dulu? hahaha. Godek godek album lama jupa pic ni..Rindu..



Tetiba trend berubah, masuk tahun 2009..Manusia yang bergelar perempuan semua mula gila memakai shawl. Kuarla macam-macam jenis shawl sampai nama pelik-pelik pon ada. aku pon gila juga sama. Seb baik bukan gila yang boleh masuk tanjung Rambutan.Masa ni ade satu penyelamat insan-insan yang bermuka bulat. Kuarnya inner atau orang panggil anak tudung. Aku ingat lagi masa aku dan adik pakai, ayah aku tanya memang style warna-warni ade kat kepala ke? hahaha..Ayah dah pening tengok kan.. Dan disebabkan kegilaan ni la aku amik inisiatif nak jadi tauke tudung..hehe..Singgah sini ye Ku-Nadia Collection ;) Inner ni juga buat someone akan tanya aku nape tak pakai yang warna-warni kat kepala tu? Jawapan dalam hati- pelik ke muka aku bila jupa die tak pakai?Mesti aku comel bila pakai kan? hahaha..muntah cepat.;)



Sampai sekarang aku still maintain gaya sama je. Malas nak nak serabutkan kepala fikir fikir cara baru. Almaklumlah sekarang ramai nak folo Hana Tajima. Kang silap belit dah ghupe Hantu kak Limah jadinya..





Tapi awek ni cun kan? Tetiba aku rasa nak buat style camni pulak, Tapi sesuai tak uolsss??
Title entry ni sempena Maya Karin- tiada kaitan dengan aku. heeeeeeee..








Tuesday, April 26, 2011

Berangan Di Ixora Wedding Couture


Hai hai selamat sore!!

Last week aku sempat balik kg ayahku di Kodiang. Sedap-sedap tido pagi sabtu, tetiba makcik aku ajak g butik Ixora Wedding Couture di Changloon. Sebab aku nak kawin dah.Mesti la kena g survey baju pengantin kan..muahaha..penampo bagi sedar sikit kan..;) Jom kita tengok ape yang aku sempat korek-korek kan butik tu.





Masa sampai depan butik tu, aku rasa macam pernah dengar je nama dorang. Rupa-rupanya masa Ayu Raudah kawen,dorang la design pelamin yang kebabom tu..Wow.mesti mahal kalau buat macam Ayu tu..huhu..




Baju yang menarik hati ku. Simple but nice..



Ni pon cantek. Siap ade note kat patung tu, Baju for engangement si polan Bt si polan. Taste kita lebih kurang kan..Tapi aku tak suka warna putih..Nak warna striking dari jauh mak mentua dah cam..hahaha..


Kebanyakkan juru mekap kat butik ni sume Nyah sikit. Tapi dorang ni nampak macam baik je.. Siap dorang practise vokal lagu Sedetik Lebih tu..Class u olsss..Versi suara bukan lelaki tulen..;)Korang rasa bila aku kawin nanti boleh guna design dorang tak agak-agak? ;) Boleh boleh kan.Nak Buat macam ayu..so si polan sila simpan duit banyak sikit.hehehe..




Ni la sebab aku datang sini. Bawak pengantin nak mekap for her majlis nikah. Mesti die berdebar-debar dah masa ni. Mekap die simple tapi memang cantek..Alhamdulilah majlis die berjalan lancar. Aku redah g masjid dengan pakai macam ni. Gila tak sopan kan..;)



Baju nikah juga dari butik ni. Tapi aku kurang suka sikit sebab warna putih. so nampak gemuk la sikit. Kalau masa tu aku dah kurus ok la warna putih.Ok, aku berangan lagi..




Aksi wajib berangan buat-buat cari baju.Study bagi abis dulu ye.;)









Thursday, April 21, 2011

Minyak untuk kecantikan Kulit


Hello hello..Malam ni aku nak share input yang aku baca kat Rapi..Manfaat minyak untuk kesihatan kulit.." Ramai orang khuatir apabila memikirkan tentang sapuan minyak untuk kecantikan kulit. Kata mereka, mana mungkin minyak mampu mencantikkan kulit." Mesti korang pon ada fikir macam tu gak kan?? Sebab aku pon. aku rasa muka yang dah semulajadi berminyak ni mesti lagi berminyak. Kumpul-kumpul boleh goreng KepC..hahaha..Sebenarnya kita salah. Minyak banyak manfaat untuk kulit kita. Selain melancar, menyembuh, melindungi dan melembapkan kulit. Apabila fungsi kulit berjalan dengan sempurna, kulit semulajadinya akan menjadi cantik, licin, cerah dan berseri-seri. Contoh minyak-minyak yang bagus ialah minyak Rosehip, Minyak Kelapa, Minyak Flaxseed, Minyak Zaitun, Minyak Evening Primrose dan Minyak Kelapa Dara.




Ni la rupe minyak-minyak tu..


Artikel kali ni memang berguna sebabnya aku tertarik dengan Minyak Kelapa Dara. Minyak ni boleh merawat masalah jerawat. Kalau kita nak, just sapukan minyak ni kat muka dan tidurlah dengan biarkan ia kering sendiri. Kalau selalu buat, saiz jerawat akan mengecil dan akhirnya hilang. Selain itu, ia juga mengatasi masalah bintik hitam, bintik putih dan bertindak sebagai pelembap semulajadi untuk semua jenis kulit termasuklah kulit kering dan berkerak. Bahkan ia bagus untuk melambatkan kedutan dan kulit menggelebeh akibat penuaan. Tips jangan guna pada waktu pagi sebab masa tu kan kita kat luar rumah, mestilah habuk melekat terus kat muka. Kan membazir duit..;)


Aku teruja baca artikel ni sebabnya aku tengah proses nak memcuba satu produk penjagaan kulit yang berasaskan Virgin Coconut Oil. Sebab muka aku ni suka naik jerawat kecik-kecik, pastu berminyak kat T-zon.huhuhu. Produk ni tengah laris di pasaran. InsyAllah aku akan jual produk ni, sebab aku dah jadi agent ;) Yeay. Nanti muka leh cantek macam Sis CPM gak^-^ berangan itu keje tak rasmi aku ye..hehe. Jadi, nanti aku update pasal produk ni. Kalau korang minat leh la beli kat aku nanti..Boleh la kita gebu dan mulus bersama-sama wokeh.


p/s: Aku dah suh labmates aku beli. hehe..kejam tak? Otak ku yang sediakala berbisnes ni sentiasa berkembang. Lepas ni ape pekerjaan patut aku jadi?? Any suggestion??






Tuesday, April 19, 2011

Teruskanlah...



Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan


Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu


Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah... teruskan lah..


p/s: Lagu Menarik..;)









Monday, April 18, 2011

Dah Tawar Hati..


Hai Hai Hai..Minggu bz dah kurang.sekarang dah kembali ke rutin harian..:) Korang sume mesti pernah alami perasaan macam aku kan..tetiba rasa dah tawar hati kat sesuatu..Aku selalu macam ni..Bila dah terlampau lama bersama aku rasa jemu. tambah kalau aku dah tertarik pada yang baru.




Ape yang aku bosan tu kan?

.
.
.




Aku dah bosan dengan majalah Dara.hehe.

Aku dah lama tak beli majalah Dara sebab aku dah bertukar ke Majalah Rapi..Dulu aku kumpul setiap bulan sebab aku suka tengok cara-cara pakai shawl. Lepas belek-belek sampai kulit buku aku simpan kat rak. Bila pakai shawl, tak pulak aku ikut.haha.syok sendiri je..Aku perasan dorang ulang balik je artikel. edit pic2 sana-sini nampak la macam topik baru..So lameeeeee...aku rasa magazine lain pon banyak yang buat macam tu..


Kenapa aku pilih Rapi?


Sebab utama aku suka diet-diet ni.Tapi haram tak ikut pon.haha..Pape pon, at least aku dapat la ilmu yang berguna. Macam tagline Rapi- Cantik,Cergas,Sihat. Bila aku baca artikel-artikel yang bermanfaat aku selalu beritau kat orang-orang sekelilingku. Contoh- korang jangan suka makan sosej. Dalam sosej ade lemak tepu. Nanti lemak korang bertepu-tepu sila tanggung sendiri.;) Bajet badan sendiri tak banyak lemak la kan!!! Sekarang bukan masa untuk fikir nak cantek cantek. yang penting Kesihatan yang paling Utama. Tak guna kalau luaran cantek tapi dalaman rosak. Lagipun dalam Rapi, ada juga artikel pasal fesyen, motivasi, dan etc. So kalau beli kiranya berbaloi-baloi gak la.


From today onwards, aku decide nak share pape artikel yang aku rasa best kat belog ni. Kita tengok lama mana aku boleh bertahan dengan Rapi. Tetiba aku bosan aku ubah selera pulak kat magazine ni..Memang aku Buang tebiat..haha




fuhhhh..hot mama @ Rozita Che Wan boleh gugat keimanan kaum lelaki ni..^-^







Tuesday, April 12, 2011

Meraikan Cinta


Assalamualaikum.

Entry ringkas just nak share saat-saat indah. Not in a good mood actually..;( Really tired, tapi still nak jenguk belog jap..ehehehe..





with my housemate @ Uitm Merbok.





adik manis ku..sesekali g melawat die.sian die terdampar di kwasan hutan kan..;P







ni pulak @ Masjid Zahir, Alor Star..





Tanpa event yang diraikan ni tiada la gambar2 di atas..
Selamat Pengantin baru ye..



p/s: yeay, esok Jumaat.Sukanya.last day untuk minggu yang sangat hectic.Weekend nak qada tido makan tengok movie..;)





Friday, April 8, 2011

Kebahagiaan yang di cari







Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita gapai.

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita
mengecewakannya? ?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang akal, jangan pula ditanya sang hati atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak.

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaniny. Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta. Jadi, anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni.” , teruskanlah dengan pilihan yang ini.
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta
pula.

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! hahaha

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan.InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak.


Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri. Namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…


“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “.


From ayatcintawordpress
-Sharing is Caring-




Thursday, April 7, 2011

Top 10 Contest mesti Menang



Assalamualaikum. Hai my blog readers? Korang sume sihat tak? Aku sihat dan rasa makin slim..hahaha..;)


Just nak share berita yang mengumbirakan hati. Petang-petang kalau sempat aku mesti check blog kawan-kawan yang lain. Tetiba aku ternampak entry menarik dekat Miss Tatie. Aku termasuk dalam list Top 10..wow wow. teruja sikit. hehehe..Ni contest kedua aku join. Tapi yang pertama tu sampai sekarang takde result taktau la bila Ammar nak umumkan ;) Kenapa aku join contest ni? Pertama mestilah sebab hadiah yang menarik tu. Kalau ade yang join sebab tak nak hadiah tu mesti die tipu kan kan? ;) Kedua mestilah sebab boleh tolong Tatie. Die kan nak kawen dah so dengan cara ni boleh dapat idea-idea sikit2 mengenai majlis kawennya nanti. Aku pon nak buat camtu gak la. Tapi tahun bila tu korang decide la sendiri..uhuhuhu..Tak sabar nak tunggu 15 April nanti. Kalau menang rezeki, kalau tak menang tu kena anggap takde rezeki. Rezeki kawan-kawan yang lain..;) Kalau korang nak baca ape aku mengarut tengokla sini Mesti Menang Cik-Ku


Last word for Cik punya belog Tatie


Selamat pecah otak pilih pemenangnya. Kalau saya menang tempat pertama pon saya boleh terima tiket wayang tu walaupon saya duk penang. Alang-alang saya boleh pegi dating bersama-sama Encik Meow2 saya yang duk di Putrajaya tu..hahaha. Gatal kan ;) Nampak macam saya confident? Mestilah tak tapi dalam hidup kita kena confident. Barula boleh berjaya..hehe.


Dan mata saya lebih suka Rm 250 tu juga..heeeeeee.




p/s: Aku pernah mimpi dapat no 2 kut..hahaha..Cik Ku dah sewel sampai boleh mimpi ;)










Tuesday, April 5, 2011

Pulau Perhentian Is Wow!


Assalamualaikum. Tak jawab dosa..;)

Aku nak share saat-saat indah di Perhentian bersama-sama kawan tergedix..hehe..Actually kami semua ni schoolmate, tapi sampai sekarang memang keep in touch. Sampai ada yang dah kawin pon still hang out sama-sama. Maybe itu kelebihan sekolah semua perempuan. Teka la skool mana? Simple je..sape boleh teka dapat hadiah makanan ditaja oleh duit poket sendiri..huhu.


Aku bertolak ke Lcct pada hari Jumaat dan tiba di aiport KB tengahari. Tapi sampai ke Besut lewat sebab kena tunggu bot jalan lepas Solat Jumaat. So next time if u guys nak g sana, better jangan g ari Jumaat ye..Rugi masa. Sampai2 chalet terus siap-siap untuk snorkeling. Best-best. Tak sabar sampai kami skip lunch kat chalet sebab masa tu dah lewat. Padahnya semua mabuk asmara laut sebab perut kosong. Kepala penuh huruf ZXxxxHhyhj..Pening la..haha..Tambah pulak duk berayun-ayun atas bot.huhuhu..Naseb Man @ orang yang bawa kami snorkeling offer biskut keping. Recharge energy balik.. ;)



ni kat Jeti Besut. Lambat sangat tunggu bot maka wajib la berposing sket..;)






Hoye. Check in Bilik.ngehehe..suke suke





Jeti at Pulau Perhentian Besar




ready nak snorkeling.nampak nampak macam tepi pantai kan? Mesti korang fikir cetek. oh..Mestila Tidak. Dalam kut. tapi masa ni si Man tu ajar kami cara-cara snorkeling yang betul. Berbaloi-baloi ikut package ni.. Terbaik ah..




hai. aku tengah khusyuk menelaah spesies ikan. esok ade test..Lol




Bila tengok gambar ni terpikir nape la kawan aku pegang tangan aku??Mesti die takut masa ni..;P



ikang-ikang mari la makang. tak mboh ye..babap kang..





antara ciptaan Allah yang sangat menarik. Ikan jerung pon ada. aku sempat snorkeling kat "shark point" tapi malangya camera abis batery..huhu. Kat sini, kawan aku pekena aku. ade ke patut die main-main cubit kaki, aku dah menjerit ..Bajet shark yang geget aku..huhu..nebes ok!!






kawan-kawan semua, kat sini line tak kira la abang kuning, abang biru, abang merah sume hampeh. kalau nak ada coverage, stay la korang tepi pantai macam aku buat ni..Masa ni helo helo kat Mak. Mak riso anak die kat mana ntah. Kat meow2, buat gak sekali. Nanti die ingat Debab dah hilang dilambung ombak..;)




aku paling suke suke suke masa ni..ombak hari kedua memang sangat kuat. Masa dalam kami terkesima jap. Kalau tsunami gi mana? mestilah aku yang suka cakap ayat-ayat yang bukan-bukan. tet tet tet. Jangan cakap pasal mak masa atas bot tau, Mak berdaulat. natijahnya tanggung sendiri. hehehe.






Last day before check out dari chalet. Muka dah macam udang terbakor. Seb baik usop wilchaa tak join. kalau tak die leh kate kita bako je kita bako je..;P





Sayonara perhentian. Panjang umur kita jupe lagi. Kalau aku ditakdirkan dengan meow2 nanti boleh g selalu. hehe. Bak kata die Ganu gak besh. ..tapi bak kata aku taiping gak best...;)









Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...