TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Thursday, March 31, 2011

1st Year



ehem ehem





saje nak umum dah setahun bercinta..hehe..tapi ada orang lupa la kan..sob sob sob


as punishment sila datang penang bawak hadiah besar-besar..;)



Wednesday, March 30, 2011

hello hello ganu


Assalamualaikum..

Nak dekat a week juga tak update..Nanti boleh update pasal Perhentian. Best sangat..

Nak share gambar-gambar menarik.

Thanx Yana sebab ade waterproof cam. Dslr pon x berguna kalau dalam air..





melompat sampai muka tak nampak dah..hahaha..;)



Thursday, March 24, 2011

Hari Tidak Kuarkan Duit Tapi Dapat Macam-Macam

Assalamualaikum and Hello..

Aktiviti hari ni cuma tengok Labmate's Viva. Habis dari sesi tersebut, aku ajak labmates pi Library.Cool kan? Rajin sangat la kami semua ni. Motif ke situ sebab pagi-pagi masa aku singgah pejabat pos, aku nampak sesuatu permainan yang sangat menarik. Siap ada banner Syoknyer Cuba benda Baru. Mainan yang menarik perhatian aku mestilah Orbitron. Mesti korang yang tak tau apa game ape tu. Takpe nanti aku dapat gambar dari kawan aku tunjuk. Super COOOOOOOOOOLLLL!!!!!! Aku memang takde masalah nak main game-game yang menghentak jantung sekali pon. Jiwa kental..;)





Actually, Libreese datang Usm buat promosi. Konfem la aku tak pernah pakai jenama ni. Lagi-lagi sebab tak suka Yuna. hahaha..Last-last aku dapat free sekotak pad + pantyliner dorang. Boleh tahan seminggu buat gadis-gadis yang bukan heavy flow... hehehe. Nak tahu benda free aku dapat lagi arini..Jeng jeng. Aku dapat makan free. Kan kawan aku dah pass Master die. So Let's Go eat..Yummy. Sedap dan bertambah sedap sebab dibelanja..;)






Terliuq ka?






amik la sekoq udang kat hampa. Sian dah telan ayaq liur tu ;)





Finally, ini benda terakhir aku dapat free lagi.. Such a wonderfull day today.. I loike..

Travel kit and sunblock tu boleh pakai untuk esok..Happy holiday to me...

Tunggu balik nanti update sampai lebam..hohoho..









Tuesday, March 22, 2011

kenapa perempuan suka shopping?


Assalamualaikum..

Hello girls jangan suka salahkan takdir ye. Sebab telah ditakdirkan perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal. Lelaki pulak vice versa. Aku pun termasuk la dalam golongan itu..hehe..Nafsu terbesar kadang-kadang bila bab membeli belah. Paling suka beg+ baju + kasut. Shawl mestilah aku tak payah beli.Aku kan tauke Tudung..hehe. Aku jarang beli belah barang-barang make up..Cuma kalau rasa menarik je..But tadi aku terbeli barang make up Stage. Sebab aku baca blog Fid. Minah ni memang hantu make up..


Aku beli 3 barang je..Lipstick+ eyeliner + Camouflage Pencil ( benda alah ni untuk bagi warna lipstick jadi lagi nude colour)..Tak lupa, aku ade beli kasut Everlast. Yeay, pasti kaki ku tidak akan berbelang lagi dek panahan matahari yang menikam kulitku..huhu..





Nude colour macam ni la..
Aku termasuk dalam golongan bibir tebal maka hanya warna-warna ini sahaja yang aku suka. Jangan suruh pakai lip gloss.Confirm aku rasa geli..huhu.




Nanti bila aku pakai mesti macam Kim Kardashian..Bajet kan? hehe..




nota kaki: Sebelum g tusyen tadi, PJT nakal sikit. G Cium bontot orang..Malu apek2 tengok sambil senyum2. ;)







Friday, March 18, 2011

Mesti Menang - Married??


"Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana majlis ini sangat istimewa untuk meraikan penyatuan dua hati menuju ke satu alam yang penuh kedewasaan, kerumitan dan kelimpahan kasih sayang. Di samping itu, kebanyakkan orang selalu datang ke majlis kahwin nak tengok ketiga- tiga item tersebut. Macam saya dengan kawan-kawan selalu cakap Lawanya pelamin, baju si polan bla bla bla bla. :) Maka, saya haruslah berusaha menyedapkan mata tetamu-tetamu yang hadir, walaupun seringkas yang mungkin namun ianya akan terpahat dalam memori sepanjang hidup. Lagipun saya nak kawin sekali je seumur hidup. ^_^ "


Assalamualaikum..

2 hari jugak la aku pecah kepala cari bahan-bahan untuk wedding dress and pelamin.Baru aku tau susah gile.Sebab banyak yang cun-cun. Dan pastinya bab berangan boleh serah kat belah perempuan.Yang lelaki pasti setuju aje.;) Tapi korang tak pelik ke kenapa aku cari baju kawin? Aku dah nak ak kawin ke? Jeng jeng jeng...

Sebenarnya aku nak join contest la.hehe..Gile ape aku nak kawin sekarang. Ribut semacam je. Tunang pon belum kan kan!! Mesti ade yang cakap aku gatal sebab nak join contest ni..Lantak ah Cik Tatie tak cakap pon yang belum nak kawin tak boleh join.. Malah die alu-alu kan sape-sape yang nak join. So mari kita layan ape wedding theme etc idaman ku..


Contest ni aku nampak kat page diba..tetiba rasa interesting..i wanna join also..;)


Cara-cara nak sertai contest ini adalah

1) Anda perlu google (ATAU design sendiri)
- 1 gambar pelamin nikah/pelamin kahwin paling anda suka
- concept hantaran impian anda
- baju pengantin impian anda
2) Setiap gambar itu haruslah mempunyai caption yang tersendiri
3) Buat satu entry mengenainya, dan entri anda itu haruslah dimulakan dengan ayat ini... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana......"
*bebas kepada anda berapa patah perkataan pun asalkan kreatif*


Now its my turn to tell you all my wedding dream..Kut-kut ade orang baca leh la tunaikan impian aku ni..hehe..



Disebabkan aku belum bertunang maka aku nak letak juga la pelamin tunang kesukaanku..memang ngada aku ni.Cik Tatie tak mintak pon..;)






Pelamin Tunang

nice kan? Tambah cantik kalau pakai dress tunang warna peach atau pink..Sweet gitu..;)





Pelamin Nikah

pic taken from MukhrizAziz
design from AriWeddingCouture


Ini pulak pelamin yang setakat ni aku rasa wow. Elyana pernah guna semasa majlis nikah die.
So, aku pon decide nak guna concept ni . hahaha..Banyak duit hang ye Nadia..Elyana ok la dapat suami buka Restoran Jepun..Aku pulak? Lawyer? Majistret? Ahli Muzik ? teng teng teng..


Nak Match dengan pelamin ni, aku kena la pilih baju yang Malatops u..Sat, jenuh pikir, macam aku nak kawin je.hehe..




I want this colour to be match with the beautifull pelamin..The style is not bad tapi kena adjust sikit untuk aku yang berhijab ni. Sangat rare kan orang nak pilih warna ni semasa nikah but i just love it..



Bab pelamin bersanding pulak, aku sangat kagum rekaan di bawah ni. For sure, aku rasa kalau la wedding aku macam ni, rasa sebulan aku nak duduk atas pelamin. Gila sayang nak pulangkan balik kat owner tu. Unless kalau buat sendiri. Hari-hari nak ajak husband bersanding pon boleh..hahaha..










Pelamin Bersanding


Speechless??


Yes, i am.


U did a great job Rins Suzana






Dress cantik design ni boleh dipadankan bersama pelamin bersanding tu.Tapi kalau dapat calon suami tak suka warna pink kena tukar warna lain like combination gold+ red.




Kalau tak suka gak, jangan kawin dengan saya..lalala..;)







Hantaran pulak aku pilih konsep English. Demi mak!!Mak sangat suka English style ini..



Ok. Cukup itu sahaja. Ikut hati sekali kad semua aku nak letak..hehe.Tapi itu tak masuk syarat-syarat pon. Aku ada satu pantun khas untuk tuan punya belog- Cik Tatie



Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang saya dah perah otak, Cik Tatie bagila menang..



Kawan-kawan join la ye..Hadiah memang menarik.hehe..


XoXo

Nanti aku kahwin, aku jemput korang datang. Tapi jangan bayangkan sehebat decoration di atas ye. Tu semua impian. Kalau nak macam tu, dari sekarang aku kena start saving., melainkan aku disponsor oleh korang ^-^


Ramai ingat aku nak kawin gara-gara status kat fb ku itu..hahaha..Lambat lagi la bhai..











Sunday, March 13, 2011

Tsunami oh Japan


Assalamualaikum. Tengok video Tsunami ni menakutkan sungguh.









Kalau Takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.Peribahasa ni mungkin dah tak relevan lagi dalam situasi ni...



Hope Malaysia sentiasa selamat. Aku nak g perhentian ujung bulan.Takmo la tak jadi..huhu.Amin..



Thursday, March 10, 2011

Kalau Busuk Tu Wangi Ok La



Hello korang..Tak tau nak start macamana sebab ni pasal nak mengutuk orang sikit. Tensen kut.Aku rasa mesti korang pun pernah alami. Alkisah bermula masa tu aku pi Balai Polis nak jumpa seorang Inspector.ade la sikit kes tapi bukan aku.Just teman kawan pi.Kami berdua ni bengong sikit pi masa time lunch tak pasal tercangak kat luar opis die. Aku pulak masa tu lapar gile, so bergerak la kami ke kantin polis. Syok2 main lif, tetiba jeng jeng jeng..Hidungku terbau sesuatu yang "harum semerbak kasturi" Kalau harum takpe la gak, ni bau keringat sorang pakcik tu..Alahai.bau tengik giler..Dah la lapar terus pening..Migrain pon boleh dapat kalau macam tu..Kami pulak naik satu lif dengan pakcik tu..Sabo je la. huhu..




Aku bernasib baik tak jadi macam minah ni.Atleast aku duk jauh sikit dari pakcik tu..



Simpati gak kat orang-orang macam pakcik tu. Mungkin sebab terlampau sibuk bekerja mereka tak sedar yang badan berbau. Oh please la lain kali cium-cium ah bau badan sendiri.Macam aku suka buat!! haha..Betul ape, sebab kadang-kadang orang sekeliling kita tak sampai hati nak tegur.Jadi amik la inisiatif sendri. Cium la baju kalau dah rasa seharian tak mandi ataupon pakai la Deodoran. Jagalah kebersihan diri supaya diri tak disisih..;)






Tengok abe hensem pon pakai.Tapi ketiak berbulu la plak..;)











A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir


Assalamualaikum.





Hai!! comel tak saya? hehe..


Aku akan beli buku ni..Comel cover buku dan isi kandungan buku ni mesti best. Hairan sungguh orang yang tak suka Tun M..


He is one in a Million..









Thursday, March 3, 2011

Let's Go Crabbing


Assalamualaikum korang..Helo helo..Makan memang sedap kan. Yang tak sedap bila tengok badan sedap membulat. Korang suka makan ketam tak? Kalau suka aku nak introduce satu tempat makan. Not bad la. Nak kata sedap sangat mak aku masak lagi sedap.hehe Tapi tempat ni famous amour giteww...Nama kedai die Pak Su dekat Juru. Jalan ke kedai die senang je. Dari Auto City, korang cari Kg Bayan Nyiur atau pon Kg Kuala Juru..Confirm Nampak Warung Pak Su. Sebab kedai die tepi jalan kawasan kampung je.






Aku rasa ketam die amik dari nelayan yang tiba kat kuala Juru. Sebab tu kat area kawasan tu bersepah-sepah kedai makan Berasakan ketam. Ape takde??Sume ade..Mee Ketam pon ada. Wow..Menarik kan. Tapi aku ada petua untuk korang. Kalau nak makan isi ketam penuh, sila ke kedai itu masa Bulan mengambang. Sebab masa tu isi ketam penuh. Takde la rasa duk geget kulit je. ^-^



nasi putih makan dengan Ketam masak sambal..Setiap set seorang ada 2 ekor. kalau makan dengan meow2 mesti die tak cukup kut..hohoho.



Terliuq tak? Kalau ada rasa camtu cuba la ke situ.



Selamat Berketam ye..Kalau nak tau Penang ni banyak tempat makan sedap-sedap. Kalau nak cuba, helo-helo la aku. nanti aku bawa, tapi korang belanja eh!!! Deal ;)





Wednesday, March 2, 2011

Aku Pass Kelayakan Menjadi Model



Assalamualaikum. Korang sihat? Best tak title entry kali ni..hehe. Model wannabe, tapi cuma model alam sekitar.haha. Jadi la kan, aku kan montok. Ulangi aku bukan gemuk, cuma isi lebih je sikit..haha. Bajet la tu..;) Actually tak rasa nak update malam2 cmni..Tapi sebab rasa excited lepas buka blog Ammar, maka ni la hasilnya..Korang ingat tak aku ade join contest Cintailah Alam Sekitar. Nak tahu tak result die..aku antara Top 20 contest Alam Sekitar hehe..Aku yang list no 9.


Alhamdulilah. Tq Ammar. Sangat tak sangka kut. Sebab aku join contest buat pertama kali tu. Tapi as Ammar cakap, tak semestinya yang tersenarai top 20 ni akan masuk senarai top 10. Dan tak semestinya yang tak masuk senarai Top 20 ni tak boleh menang. Adat la pertandingan mesti ada kalah menang. Kalau semua nak menang, buat contest dendiri la camtu..huhu..Jadi, kita tunggu dan lihat je la keputusan rasminya. Ammar update cepat-cepat eh. Ambe nok gi negeri mung tak lama lagi. :) Haha. Fail tak bahasa ganu ku?? Tulun-tulun, ajari aku..




Tinggal 23 hari lagi.Dah Mula belajar Mengira hari sejak masuk Kalendar Mac ;) Lagi satu, aku nak buat header blog. Sebab rasa kurang seri tanpa header..Nantikan kemunculannya..










Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...